Saturday, November 08, 2008

TAZKIRAH 1 :MOTIVASI PEPERIKSAAN

Oleh: Muhamad Faris B. Abdul Kahar

"Dan apabila hamba2Ku bertanya padamu(muhamad) tentang(Aku),maka katakankan pada mereka sesungguhnya Aku ini dekat dengan mereka.Aku kabulkan permohonan org2 yang berdoa apabila dia berdoa padaKu.Hendaklah mereka itu memenuhi(perintahKU dan beriman padaKU,agar mereka memperolehi kebenaran". (al-Baqarah:186)

Assalamualaikum…

Salam silaturahim kepada sidang blogger semua,

Pertamanya marilah kita bersyukur pada Allah s.w.t pada waktu dan saat ini kita masih lagi dikurniakan nikmat dan hidayah daripada Allah s.w.t.Terlebih dahulu saya ingin berpesan pada diri saya dan sahabat sekalian marilah kita menimbang diri dan amal kita serta tindak tanduk yang kita lakukan kerana manusia yang CEMERLANG mampu menghitumg dirinya tanpa perlu di paksa apatah lagi menunggu saat perhitungan di hadapan Allah s.w.t.Sebab itu manusia yang CEMERLANG akan sentiasa menghitung dirinya kerana perhitungan bagi orang cemerlang bukan sekadar mendapt kebahgian di dunia bahkan MELIHAT POTENSI untuk akhirat.

Justeru itu, marilah sama-sama kita BERTAKWA pada Allah dan TAKUTLAH UNTUK MELAKUKAN MAKSIAT kecil atau besar kerana di hujung maksiat itu ada AZAB Allah yang menanti.Cintalah kita untuk melakukan KEBAIKAN walaupun sebesar kuman kerana di hujung KEBAIKAN ada SYURGA Allah menanti.

InsyaAllah pada kali ini saya nak berkongsi dengan sahabat sekalian berkaitan dengan ayat di atas yang sering saya masukkan kedalam artikel-artikel saya yang lepas.Tapi pada kali ini saya nak berkongsi pada sahabat-sahabat pengajaran yang boleh kita ambil dari ayat tersebut sebagai motivasi untuk kita semua.Dalam ayat tersebut Allah katakan pada Nabi Muhammad s.a.w;

"Wahai Muhammad apabila hamba-hambaKu bertanya tentang AKU,katakanlah pada mereka sesungguhnya AKU dekat dengan mereka"..

Secara fitrahnya manusia ini dicipta dalam keadaan naif dan lemah yang mana sampai satu saat atau pun ketika MENCARI PERTOLONGAN dan BANTUAN.Ayat ini cukup jelas adalah untuk memberikan motivasi untuk kita semua.

Sahabat muslimin dan muslimat yang di rahmati Allah s.w.t,

Apabila kita nak menghadapi dengan UJIAN atau PEPERIKASAAN tentu sahaja kita akan menghadapi dengan STRESS dan juga rasa kacau bilau.Sebat itu Islam mendidik kita beberapa cara untuk kita berhadapan dengan sifat dan perasaan yang bercelaru ini.InsyaAllah pada kali ini saya hendak berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian mengenai EMPAT perkara yang ISLAM ajarkan pada kita bagi menghadapi STRESS dan juga perasaan kacau bilau ini.

Perkara yang pertama yang Islam anjurkan pada kita ialah dengan BERDOA.Kita di galakkan untuk berdoa di penghujung solat ketika sujud yang terakhir kerana sujud merupakan satu tempat paling DEKAT dengan Allah s.w.t.Ketika inilah peluang kita untuk MEMINTA KEJAYAAN yang diberkati Allah s.w.t.Selain itu juga kita di galakkan untuk melafazkan DOA pada satu pertiga malam kerana waktu ini lah yang waktu therapy stress yang paling sesuai untuk kita.

Kedua ialah dengan wirid atau pun ZIKIR.Firman Allah s.w.t di dalam surah al-ra'd ayat ke-28 yang bermaksud:

"Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang/tenteram"

Secara psiokologinya kita hanya mampu untuk fokus dalam study hanya 45minit sahaja.Alangkah bijaknya kita sekiranya kita berhenti seketika sebelum sambung bekajar balik selepas 45minit itu dengan BERZIKIR.Dalam hadith soheh Rasulullah s.a.w bersabda:

"Ada dua kalimah yang mudah untuk kamu sebut dengan lidah,tetapi berat timbangan di sisi Allah dan dua kalimah yang sangat dikasihi Allah s.w.t,dua kalimah itu ialah
Subhanallah wa biham dihi,Subhanallah hil a'zim"

InsyaAllah kita akan mendapat gelaran orang yang cemerlang di sisi Allah s.w.t dengan mengamalkan zikir ini kerana di smaping kita mengejar dunia kita juga melihat potensi diri kita di akhirat.

Untuk menghadapi tekanan dan perasaan kacau bilau ini Islam juga mengajar kita untuk menghadapi perasaan ini dengan MEMBACA AL-QURAN keran al-Quran dapat membuka pintu HIKMAH,KETENANGAN dan juga pintu HIDAYAH.Rasulullah s.a.w membuat empat perbandingan;

1)Mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti buah limau yang baunya sedap dan rasanya sedap.Nabi bandingan dengan buah limau adlah kerana buah limau di luarnya nampak cantik dan di dalamnya juga cantik.

2)Orang mukmin tidak membaca al-Quran adalah seperti buah kurma,rasanya manis tapi tiada bau.Dia mampu untuk menjaga dirnya tapi tak mampu untuk memberi manfaat pada orang lain.

3)Orang munafik baca al-Quran adalah seperti minyak wangi,baunya wangi tetapi tak noleh hendak di makan dan tidak memberi sebarang manfaat.

4)Orang munafik yang tidak membaca al-Quran adalah seperti buah peria yang rasanya pahit serta tidak mempunyai bau.Kepada dirinya pun dia tidak memberi kebaikan inikan pula hendak memberi manfaat pada orang lain.

Islam juga mengajar kita untuk sentiasa MENGEKALKAN DIRI DENGAN WUDHUK kerana kita akan sentiasa berada dalam keadaan bersih dan suci dalam wudhuk.Para malaikat juga suka pada orang yang berwudhuk dan para malaikat akan berdoa memohon keampunan pada Allah terhadap orang yang berwudhuk.InsyaAllah,tanpa dosa sudah tentu diri kita akan berada dalam keadaan tenang.Jadi,sebelum nak mengulang kaji pelajaran,sama-sama kita latih diri kita untuk berwudhuk terlebih dahulu supaya kita mendapt ketenangan dan mudah untuk ingat ape yang kita baca.

Akhir sekali,marilah sam-sama kita berdoa agar kita menghadapi peperiksaan dengan penuh ketenangan dan keyakinan serta diberkati dan di beri pertolongan dari Allah s.w.t.Dalam satu hadith kursi Allah berfirman yang bermaksud:

"Aku ini berada pada sangkaan hambaKu padaKU"

Kalau baik sangkaan kita pada Allah,maka baiklah Allah pada kita.Andai kata kita tak yakin maka itulah yang kita akan perolehi.Adab kita berdoa hendaklah penuh dengan pengharapan dan keyakinan.Sebelum saya berhenti,saya cume bak ingatkan bahwa,yang menulis artikel ini tak semua dapt dia lakukan kerana saya juga manusia yang lemah tapi sebagai orang Islam kita hendak sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri masing-masing.Saya rasa sekadar itu sahaja,sesungguhnya yang baik dan buruk itu datangnya dari Allah s.w.t tetapi yang buruk itu disandarkanke atas diri saya yang lemah ini..Wallahu a'lam..

Friday, November 07, 2008

Tanda-tanda kematianmu Muslim.....

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.

Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratul maut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali, cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya, iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut.
Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT.
Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT. Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya €di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.
Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
WALLAHUA`LAM




>> SEMOGA SENTIASA DIBAWAH NAUNGAN TUHAN YANG MAHA ESA <<

Memelihara Lidah

- Seseorang muslim mestilah memelihara lidahnya dari menuturkan
kata-kata yang tidak berfaedah, perbualan-perbualan yang buruk dan
kotor, percakapan-percakapan kosong, mengumpat-keji dan mengadu-domba.
- Imam Nawawi rahimullah mengatakan:
" Ketahuilah, seseorang mukallaf itu sewajarnya menjaga lidahnya dari
sebarang percakapan kecuali percakapan yang menghasilkan kebaikan.
Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama saja hasilnya maka
mengikut sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri kerana percakapan
yang diharuskan mungkin membawa kepada yang haram atau
makruh.Kejadian demikian telah banyak berlaku tetapi kebaikan darinya
adalah jarang."
- Sebenarnya banyak dari hadith-hadith Rasulullah yang
menerangkan keburukan dan bencana lidah ke atas yang empunya diri:
" Tidaklah dihumbankan muka manusia ke dalam neraka itu sebagai hasil
tuaian (jelek) lidahnya."

(Hadith Riwayat Al-Tirmizi)
Rasulullah s.a.w juga bersabda:
"Bukanlah ia seorang mu'min (jika) ia suka menuduh, suka melaknat,
bercakap kotor dan keji."

(Hadith Riwayat Al-Tirmizi)
Sabdanya lagi:
"Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya, siapa yang
banyak kesalahannya banyaklah dosanya, dan siapa yang banyak dosanya,
api nerakalah paling layak untuk dirinya."

(Diriwayatkan oleh Baihaqi)
"...Bismillahirrahmaanirrahimm..."
Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatan untuk menyintaiMu Ya Muhaimin...

Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsunya,
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu...

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu...

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu Ya Allah,
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
Perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu...

Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu,
Amin...

LANGKAH BIJAK PELAJAR GEMILANG

LANGKAH BIJAK PELAJAR GEMILANG

Pendahuluan

Kajian mendapati 95% pelajar tidak cemerlang. Sebenarnya kita bukan tidak cemerlang tetapi adalah insan yang luarbiasa dan sebaik-baik kejadian sepertimana firman Allah dalam Surah At Tin ayat 4.

Langkah 1

1.1 Gunakan ke dua-dua bahagian otak kiri dan kanan.
1.2 Otak kanan otak kreatif, suka sastera, suka warna, gambar irama lagu dll.
1.3 Otak kiri suka hitam putih, suka sains, sistematik, logik, rasional, mencipta lirik dll.
1.4 Tangan kiri rangsang otak kanan, tangan kanan rangsang otak kiri.
1.5 Oleh itu selalulah gunakan kedua-dua tangan dan kaki untuk rangsang kedua-dua bahagian otak.

Langkah 2

2.1 Rangsang semua deria dalam proses pembelajaran. Kalau hanya membaca cuma dapat ingat 10%.
2.2 Kalau membaca dan mendengar dapat ingat 20%.
2.3 Kalau membaca, mendengar dan mencatat dapat ingat 50% dan kalau membaca, mendengar, mencatat dan menyebut (mengamalkannya) dapat ingat 90%.

Langkah 3

3.1 Belajar banyak jam (masa). Kalau Sek. Menengah 2-3 jam sehari.
3.2 Institut Pengajian Tinggi (Universiti) 4-5 jam sehari.
3.3 Bagi sekolah rendah sekurang-kurangnya 1 jam sehari.

Langkah 4

4.1 Persekitaran yang selesa dan tenteram.
4.2 Banyak warna hijau ataupun kuning (baik untuk mata).
4.3 Jangan membaca di tempat yang terlalu sejuk.
4.4 Jangan membaca sambil mendengar radio atau melihat tv.
4.5 Jangan membaca sambil baring-baring nanti cepat mengantuk.
4.6 Jangan membaca sambil duduk di atas lantai nanti cepat bongkok.

Langkah 5

5.1 Tampal kata-kata hikmat atau motivasi samada di bilik, tepi katil, atas meja dan lain
lain yang sesuai seperti ‘Saya yakin boleh’ ‘Saya pelajar Cemerlang’ dll.
5.2 Membaca sambil duduk di atas kerusi dan kalau boleh menghadap kiblat.

Langkah 6

6.1 Belajar secara “Output learning” iaitu sebut semula selepas membaca.
6.2 Tunjuk menggunakan jari telunjuk. Gariskan dengan pensel perkara yang penting atau menggunakan warna tertentu.
6.3 Lakarkan menggunakan gambarajah ataupun peta minda.
6.4 Tutup peta minda dan cuba sebut semula.

Langkah 7

7.1 Tahu teknik merangsang dan memotivasikan diri.
7.2 Tuliskan dalam diari perkara positif yang dilakukan setiap malam.
7.3 Muhasabah diri adakah diri anda lebih baik dari semalam atau sebaliknya.
7.4 Berkawanlah dengan orang yang positif (baik, rajin dan sebagainya).
7.5 Ingatkan kawan-kawan lain supaya menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar.

Langkah 8

8.1 Sentiasa awal dalam mendahului.
8.2 Duduk di hadapan sekali atau di tengah.
8.3 Belajar / mengulangkaji dari awal tahun.
8.4 Baca buku sebelum cikgu mengajar. Dapat 2X faham berbanding murid lain.

Langkah 9

9.1 Sentiasa membaca doa penerang hati.
9.2 Membaca surah Al Insyirah setiap hari.
9.3 Membaca al Quran 2 ain setiap malam.
9.4 Belajar dalam sesi pendek. 20 minit membaca rehat 2 minit, InsyaAllah tidak rasa penat walaupun belajar 3-4 jam.

Langkah 10

10.1 Serlahkan kecemerlangan diri. Merendahkan diri sifat terpuji tetapi jangan menghina diri dengan mengatakan aku ni bodoh, tak pandai, engkau boleh lah dan lain-lain lagi.
10.2 Cepat ulangkaji atau buat kerja rumah. Kalau dibiarkan berlalu selama 1 hari anda Cuma boleh
ingat 20% sahaja.
10.3 Kalau dibiarkan selama 2 hari, besar kemungkinan anda akan lupa apa yang telah dipelajari.

Langkah 11

11.1 Tahu petua menguatkan ingatan.
11.2 Makanlah benda manis seperti madu, kismis dll setiap pagi.
11.3 Makan buah sebelum makan nasi (dapat vitamin C)
11.4 Minum air kacang soya.
11.5 Makan tauhu.
11.6 Makan banyak kacang-kacang kecuali kacang gajus.
11.7 Makan makanan yang banyak mengandungi B Complex seperti Coco Crunch, Cornflakes dll.
11.8 Makan buah badam.
11.9 Makan makanan yang baik (suci/halal dan tidak syubahat).
11.10 Jangan makan kepala seperti kepala ikan, ayam, kambing, udang dll.
11.11 Jangan makan benda dalaman seperti perut, limpa, hati,,jantung, dll.
11.12 Jangan makan / minuman yang bersemut.
11.13 Jangan makan makanan ringan dan air bergas.
11.14 Jangan makan yang masam-masam atau masin.

Kalau teringin juga hendak makan bacalah doa di sebelah….


Doa hindar mudharat:





11.15 Memakai wangi-wangian (lelaki – sunat). Bagi perempuan sekadarnya dan jangan sampai tercium bau itu oleh lelaki yang bukan mahram.
11.16 Memakai minyak rambut.
11.17 Riadah 30 minit (3-4 kali seminggu). Untuk bekalan oksigen. Tapi jangan main lama sangat.
11.18 Elakkan minum semasa makan. Sunnah nabi minum 1 jam sebelum dan sesudah makan.
11.19 Elakkan makan terlalu kenyang (perut kenyang otak kosong – Kata Saidina Abu Bakar).
11.20 Jangan kencing berdiri.
11.21 Jangan melihat kemaluan/aurat orang lain.
11.22 Jangan melihat najis semasa buang air besar.
11.23 Jangan melihat buih / main buih.
11.24 Jangan melihat salib atau lalu di bawahnya.
11.25 Jangan baca nama di batu nesan kecuali perlu.
11.26 Jangan berdiri di tengah-tengah binatang ternakan seperti lembu, kambing dan kuda.

Langkah 12

12.1 Cekap mengatur jadual waktu. Kajian - 95% tidak ikut jadual kerana tidak menarik minat.
12.2 Masukkan dalam jadual waktu belajar, tengok tv, beriadah, tidur, ziarah nenek, dll.
12.3 Buat jadual anjal, iaitu belajar pelajaran yang sama pada hari itu. Kalau BM malam pun BM.
12.4 Baca pelajaran yang sukar di awal waktu dan yang mudah di waktu akhir.

Langkah 13

13.1 Bentuklah sifat-sifat yang cemerlang.
13.2 Kalau boleh pakaian kemas dan bersih.
13.3 Buat kerja dengan teliti dan bersemangat.
13.4 Kalau malas, suka ponteng, cuai, suka bohong maka bila sudah besar/bekerja nanti maka jadilah anda pekerja yang pemalas, suka ponteng, cuai dan pembohong.

Langkah 14

14.1 Taat perintah Allah.
14.2 Solat / Puasa.
14.3 Hormat kedua ibubapa.
14.4 Hormat guru. Minta maaf dari guru. Minta halalkan ilmu guru.
14.5 Sentiasa bersemangat.
14.6 Bantu orang lain berjaya.
14.7 Gunakan Konsep ‘DUIT’ iaitu :-
D= Doa (solat)
U= Usaha,
I= Istiqomah (berterusan)
T= Tawakkal.



Langkah 15

Sebelum Hari Peperiksaan

15.1 Jangan terlalu terpikat dengan soalan ramalan.
15.2 Sediakan keperluan peperiksaan lebih awal seperti alat tulis dsbnya.
15.3 Lebihkan pensel sekurang-kurangnya 2 batang sebaik-baiknya 5 (UPSR).
15.4 Jangan tidur lewat. Kuncikan jam meja dengan betul.
15.5 Baca doa tidur dan tetapkan hati.

Doa tetapkan hati:-





Ertinya : Wahai tuhan yang membalik-balikkan hati , tetapkanlah hatiku ke atas agamaMu serta dalam mentaatiMu.

Pada hari peperiksaan

15.5 Mandi dengan air suam.
15.6 Solat Hajat / Subuh. Berdoa mohon kekuatan untuk menghadapi peperiksaan.
15.7 Elakkan berdebat atau bertengkar.

Doa Kecergasan



Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada kedukaan, daripada kelemahan dan kemalasan. Aku berlindung daripada ketakutan dan kebakhilan, kesulitan yang ditimbulkan oleh hutang dan penindasan.


15.5 Ambil sarapan yang sederhana.
15.6 Ambil makanan tengahari yang sederhana jika masih ada kertas di waktu petang.
15.7 Tenangkan perasaan. Hindarkan daripada perkara yang boleh mengganggu fikiran.
15.8 Jika takut/gugup/gementar bacalah doa ini :

Doa menghilangkan darah gemuruh.







Ertinya : Mudahkanlah wahai tuhanku dan setiap orang dengan kebenaran kalimah Bismillaahirrahmaanirrahiim .Wahai tuhan, Engkau tundukkanlah setiap yang melihat padaku dariapda golongan jin, manusia, burung, binatang buas dan lain-lain binatang.

15.9 Pakai baju sejuk.
15.10 Tiba awal di dewan peperiksaan.
15.11 Bawa dan baca nota ringkas jika masih ada masa terluang.

Di dewan peperiksaan.

Doa memasuki dewan peperiksaan



Ertinya : Persiapkanlah kami dalam urusan kami dengan petunjukMu.

15.12 Melangkah masuk dengan tenang.
15.13 Simpan semua nota di luar kelas.
15.14 Duduk di tempat yang disediakan dan dengar arahan dengan teliti.
15.15 Pastikan semua alat tulis ada dihadapan anda.
15.16 Jangan mencatat atau menulis apa-apa.
15.17 Jangan buka kertas soalan sebelum diberitahu.
15.18 Bacalah doa penerang hati.
15.19 Baca arahan dengan teliti.
15.20 Baca soalan sepintas lalu.
15.21 Pastikan berapa soalan yang perlu dijawab.
15.22 Jawab soalan yang senang dahulu. Jika susah tandakan dan jawab kemudian.
15.23 Bahagikan masa yang diberi dengan jumlah soalan yang mesti dijawab.
15.24 Gunakan bahasa yang tepat dan mudah difahami.
15.25 Tulisan mestilah terang, kemas, bersih dan mudah dibaca oleh pemeriksa.
15.26 Ejaan dan tanda baca mestilah ditulis dengan betul dan terkini.
15.27 Buat catatan butir-butir yang teringat di kepala sebelum terlupa.
15.28 ‘Menembak jawapan’ adalah jalan yang terakhir. Ini lebih baik daripada tidak menjawab langsung.
15.29 Semak semula jawapan sekurang-kurangnya sekali dan pastikan semua soalan dijawab.

Doa bila terlupa



Ertinya : Maha suci tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Ya Allah, peringatkanlah aku apa yang aku lupa.

15.30 JANGAN MENIRU. ALLAH MELIHAT APA YANG ANDA LAKUKAN.

*** SAYA BERJANJI AKAN BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN YANG GEMILANG DI DALAM PEPERIKSAAN KALI INI, INSYAALLAH.

Nama Anda :……………………………………………………………………………………….. T. Tangan :………………………………………………………..

Pengenalan Balai Islam KK4

JAWATANKUASA KERJA PERKEMBANGAN

BALAI ISLAM

KOLEJ KEDIAMAN KEEMPAT

UNIVERSITI MALAYA

SESI 2008/2009

1.0 PENDAHULUAN

“Sesungguhnya amalan pertama sekali yang dikira daripada amalan hamba dihari kiamat ialah solatnya; sekira solatnya sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia. Jika kewajipan yang fardu masih kurang, Allah SWT berfirman:adakah amalan-amalan sunat untuk meyempurnakan amalan tersebut?Demikianlah seterusnya amalannya yang lain” (Riwayat al-Tarmizi)

Berhubung dengan hadith di atas, kami Jawatankuasa Balai Islam akan cuba merealisasikan misi dan matlamat kami untuk cuba mengajak warga kolej supaya dapat turun beramai-ramai bagi mengimarahkan surau ( Balai Islam ) Kolej Kediaman Keempat.

Justeru, kami akan berusaha untuk mencapai matlamat yang dirancangkan oleh kami sebagai Jawatankuasa Balai Islam 08/09. Namun demikian, kita harus sedar bahawa sebagai manusia kita hanya mampu merancang tapi hanya Allah Yang Maha Berkuasa menentukan segalanya.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Menjadikan Balai Islam KK4 sebagai sebuah institusi untuk pelbagai aktiviti bermanfaat bagi warga kolej yang beragama islam.

2.2 Membentuk warga kolej yang cemerlang dari segi sahsiah dan peribadi.

2.3 Mewujudkan keharmonian di antara mahasiswa/I muslim Kolej Kediaman Keempat.

2.4Mendekatkan mahasiswa dan mahasiswa/I dengan peghayatan agama Islam yang sebenar

2.5 Melahirkan mahasiswa berkualiti berasaskan spiritual, sahsiah serta jati diri yang unggul berpaksikan Islam universal.

3.0 JUSTIFIKASI

3.1 Bagi menerajui era globalisasi yang mencabar kini, mahasiswa dan mahasiswi perlu dilengkapi dengan pelbagai ilmu serta kemahiran yang bukan hanya sekadar ilmu dan kemahiran dalam bidang pengajian mereka sahaja, tetapi juga dalam bidang lain.

3.2 Ilmu dan pengalaman berkenaan Islam, kepimpinan dan kemahiran insaniah merupakan ilmu dan kemahiran tambahan yang amat diperlukan oleh mahasiswa/i untuk bersaing dalam era globalisasi ini.

3.3 Tambahan pula mereka merupakan golongan yang bertanggungjawab untuk mencorakkan keadaan dan kedudukan negara kita di masa hadapan.

3.4 Justeru kewujudan JKP Balai Islam serta projek dan aktiviti yang telah dirancang diharap dapat memberi pengetahuan serta pengalaman kepada ahli JKP agar mereka bersedia dan mampu untuk memikul tanggungjawab terhadap diri, masyarakat dan negara kelak.

BIDANG-BIDANG TUGAS

1. Pengerusi

ü Memimpin dan mempengerusikan Balai Islam

ü Merancang dan mengorganisasikan serta mengawasi setiap aktiviti

2. Timbalan Pengerusi

ü Menjadi pembantu kepada Pengerusi Balai Islam

ü Memberi pandangan dan pendapat yang membina

ü MT Kawalan kepada Unit Ilmu dan Hikmah dan Unit Usahawan

3. Setiausaha

ü Menyediakan agenda, minit mesyuarat, menempah bilik dan menghantar memo kepada penasihat dan AJK 3 hari sebelum diadakan mesyuarat

ü Menguruskan segala prosedur dan surat-menyurat dalam Balai Islam

ü MT Kawalan kepada Unit Disiplin dan Tugas-tugas Khas

4. Bendahari

ü Membuat anggaran belanjawan tahunan Balai Islam

ü Mengawal dan merancang kewangan

ü Menyimpan resit bayaran

ü Mengendalikan segala urusan kewangan Balai Islam

ü MT Kawalan kepada Unit Penerbitan dan Publisiti

5. Unit Usahawan

ü Membuat aktiviti-aktiviti yang menjadi sumber kewangan bagi JKP Balai Islam.

6. Unit Disiplin dan Tugas-tugas Khas

ü Memastikan kehadiran ahli JKP Balai Islam dalam solat berjemaah di surau mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Pengerusi dan juga kehadiran ke mesyuarat.

ü Melantik imam dan bilal dan membuat jadual tugasan serta memantau komitmen yang diberikan oleh para imam dan bilal tersebut.

ü Menguruskan jamuan.

7. Unit Penerbitan dan Publisiti

ü Menghasilkan Utusan Balai Islam (UBI) sekali dalam dua minggu.

ü Membuat risalah yang berkaitan dengan isu-isu semasa berkenaan Islam.

ü Bertanggungjawab ke atas semua maklumat yang dipaparkan di papan kenyataan JKP Balai Islam.

ü Bertanggungjawab ke atas kerja publisiti yang berkaitan dengan aktiviti JKP Balai Islam.

ü Bertanggungjawab ke semua papan kenyataan JKP Balai Islam dan semua maklumat serta notis yang dipaparkan.

ü Bertanggungjawab menyebarkan maklumat terkini daripada bahagian-bahagian lain.

ü Bertanggungjawab memperkenalkan JKP Balai Islam secara menyeluruh kepada penghuni-penghuni kolej dan orang ramai.

9. Unit Ilmu dan Hikmah

ü Menyedia dan melasanakan santapan rohani di dalam surau seperti ceramah, tayangan, diskusi dan pameran.

ü Menguruskan aktiviti mingguan untuk setiap ahli JKP Balai Islam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cetak artikel pilihan dari blog Balai Islam Bestari