Thursday, July 22, 2010

Suasana Terindah Ramadhan 2010 (SuTeRa)

Assalamualaikum... 

Salam ukhuwah buat semua pembaca. Semoga sentiasa dilindungi oleh Yang Maha Esa. Dalam post kali ini, BB nak uar-uarkan mengenai SuTeRa. Adik-adik junior khasnya mesti tertanya-tanya kan.. 

SuTeRa adalah singkatan bagi Suasana Terindah Ramadhan yang merupakan salah satu projek di bawah Balai Islam Bestari. SuTeRa dijalankan & khas untuk bulan islam yang mulia iaitu Ramadhan AlMubarak.


Pelbagai aktiviti yang diadakan untuk meningkatkan ibadat kita pada bulan Ramadhan serta menambahkan ilmu serta mengeratkan silaturrahim dalam mencari Lailatulqadar & redha ALLAH..  InsyaALLAH.. Kerana bulan inilah yang paling makbul doa & pahala ibadatnya pula berlipat kali ganda.


Daripada sesi-sesi lepas pelbagai aktiviti dijalankan seperti kursus pengurusan jenazah, kursus penyembelihan, gotong-royong memasak bubur lambuk, qiammulail beramai-ramai, iftar bersama warga 4th, majlis sambutan hari raya, indoor games, iftar bersama anak-anak yatim, kursus smart solat & sebagainya.


Disebalik pelbagai aktiviti ini tersimpan seribu satu kenangan dan pengalaman yang amat bermakna buat semua yang pernah menjayakan projek SuTeRa.


Dengan itu, kepada semua warga 4th yang ingin menjadi ahli jawatankuasa bagi Projek SuTeRa ini boleh lah menghadiri satu temuduga yang akan diadakan pada 22 Julai 2010 bertempat di Bilik Seminar, kk4 pada jam 6 petang. InsyaALLAH dengan penglibatan kita mudah-mudahan lebih ramai yang mendapat ilmu dan pengalaman berharga dalam mencari redha ALLAH di bulan yang mulia Ramadhan AlMubarak.


Sama-samalah kita menuju kejayaan dan sebaik-baik kejayaan, kejayaan akhirat lah yang lebih menguntungkan kerana kekal selama-lamanya..



jom! menuju redha ALLAH!      (^_^)   

Tuesday, July 20, 2010

SALAM UKHUWAH 2010/2011

Assalamualaikum...    

Salam ukhuwah buat pembaca-pembaca blog Balai Bestari (BB) yang setia serta pembaca-pembaca baru (junior la ni). Semoga anda semua sentiasa dilindungi ALLAH S.W.T serta berada di jalan yang diredhaiNya. InsyaALLAH...

Sempena pembukaan sesi baru ini 2010/2011, BB hanya ingin memberi beberapa nasihat & peringatan buat mahasiswa-mahasiswa seperti kita ini terutama buat adik-adik junior.

Apabila diri ini digelar pelajar universiti, sudah tentu banyak komitmen perlu diberikan dari pelbagai aspek termasuk pelajaran, karier, kepimpinan dan pengalaman. Semua itu adalah tanggungjawab kepada jasmani yang berarah kepada keduniaan. Kita juga perlu ingat kepada tanggungjawab rohani dimana maruah diri, akhlak dan iman juga perlu dilunaskan tanggungjawabnya. Dengan itu, selarikanlah pekerjaan untuk dunia & persiapan untuk akhirat.

Ingin ditekankan disini, para muslimat terutamanya, diri anda merupakan harapan ayah bonda di kampung, contoh tauladan kepada adik-adik. Jika perkara buruk yang anda bawa pulang, betapa hancur luluhlah hati-hati orang tua kalian & punahlah hormat yang adik-adik berikan. Bentengi diri dengan iman yang kuat kerana dengan iman yang kuat, kita tidak akan mudah terpengaruh. InsyaALLAH.. 

Antara cara untuk kuatkan iman ( insyaALLAH menjadi jika anda istiqomah melakukannya ) ialah :- 
  • luangkan satu jangkamasa khas dalam sehari untuk amalan akhirat & ibadah. Sebagai contoh, catat dalam jadual bagi masa maghrib hingga isyak ialah untuk kita beribadah & menghadiri kuliah maghrib serta majlis ilmu.
  • amalkan ibadat sunat seperti puasa & solat sunat, juga sunnah-sunnah nabi. ( Wajib jangan tinggal plak. nanti tak bermakna ibadat sunat tu ).
  • amalkan menyebut perkataan-perkataan yang baik, istighfar, tasbih, tahmid dsb.
  • berniat bagi setiap pekerjaan yang dilakukan adalah kerana ALLAH S.W.T. secara tidak langsung, ini akan membuatkan anda selalu mengingati ALLAH..

Setakat ini dulu perkongsian BB pada kali ini.. Harapan semoga anda akan terus bergerak untuk berubah kerana ALLAH. Jangan ditangguh pekerjaan yang baik kerana kita mungkin tak berpeluang untuk melakukannya sekali lagi.

wallahua'alam..   (^_^)     

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cetak artikel pilihan dari blog Balai Islam Bestari