Saturday, February 26, 2011

Jalan hidayah Catherine Heseltine



ADAKAH aku ingin menjadi seorang Muslim? Lebih-lebih lagi, pada usiaku 16 tahun. Tidak sama sekali dan terima kasih sahajalah. Manakan aku sanggup meninggalkan nikmat dunia yang dikecapi selepas ini.
"Agamaku adalah minum-minum, berparti sepanjang malam, malah aku selesa dengan teman-temanku yang ada."
Itu pengakuan Catherine Heseltine sambil menggeleng-geleng kepala kepada soalan yang dianggap tidak masuk akal itu.
Dibesarkan di Chelsea, utara London, Catherine, 32, tidak pernah mengamalkan mana-mana agama pun di rumahnya. Apatah lagi kehidupannya lebih kepada lingkungan kelas menengah terpelajar menyebabkan agama dalam keluarganya adalah dianggap sesuatu yang kuno atau ketinggalan zaman serta tidak relevan.
Hingga pada suatu hari, guru tadika itu bertemu seorang pemuda bernama Syed. Pemuda itu, akui Catherine, berbeza dengan kebanyakan lelaki yang dikenalinya.
"Dia mencabar segala prasangka saya terhadap agama. Orangnya masih muda, seorang Muslim, seorang yang sangat percaya kepada Tuhan dan yang paling saya tidak berkenan, dia juga seorang yang normal atau dia sama seperti pemuda-pemuda seusianya.
"Yang membezakan Syed dengan pemuda-pemuda Inggeris lain ialah dia tidak langsung minum minuman keras," katanya.
Bagi Catherine, perbincangan dengan Syed banyak membuatnya sering seperti ditampar.
Menurut Syed, seorang yang berpegang dengan fahaman agnotisme juga menyedari bahawa tanpa pegangan agama itu juga sebenarnya satu pegangan atau keyakinan.
Agnotisme adalah orang yang berpendapat atau berpendirian bahawa hanya sesuatu yang berupa kebendaan sahaja yang boleh diketahui manakala pengetahuan tentang Tuhan dan segala yang abstrak tidak mungkin.
Setahun kemudian, apa yang terjadi adalah sebaliknya. Dalam diam-diam, Catherine jatuh hati kepada Syed dan Islam. Yang peliknya, dia sendiri tidak tahu yang mana datang dahulu sama ada kepada Islam ataupun Syed.
Yang jelas, dia semakin tekun membaca buku-buku berkaitan Islam.
Apa yang paling menarik perhatian Catherine daripada semua bahan bacaan itu?
"Al-Quran. Kitab ini sangat menarik dari sisi intelektual, sisi emosional dan spiritual. Saya menyukai penjelasannya tentang kewujudan alam semesta yang dikesan sejak 1,500 tahun yang lalu.
"Malah, Islam telah memberikan hak-hak kepada wanita yang tidak dimiliki di dunia Barat. Saya makin yakin bahawa al-Quran itu adalah betul-betul sebuah wahyu," kata hatinya.
Namun, untuk menyatakan keislaman diri, dia masih belum sanggup.
Baginya, pengislaman diri bukan sekadar melakukan syahadah atau demi mendapatkan apa yang diinginkan.
Dalam konteks Catherine, apa yang berpusing di mindanya ialah untuk mendapatkan Syed sebagai suaminya.
"Agama ini benar-benar cool. Tapi selama tiga tahun saya menyimpan minat dalam Islam untuk diri sendiri," ujarnya.
Tidak lama kemudian, timbul keberanian untuk mengucap dua kalimah syahadah ketika berada di tahun pertama kuliah.
Pada tahun yang sama juga, atas alasan tidak mahu membina hubungan cinta yang panjang, mereka bersetuju menamatkan zaman bujang dengan melangsungkan pernikahan agar bergelar suami isteri di segi syariat Islam.
"Reaksi awal ibu, dia mempersoalkan tidakkah kami sekadar hidup bersama tanpa perlu bernikah? Ini salah satu tanda hatinya agak berat merestui perhubungan itu," kata Catherine.
Bagi ibunya, rumah tangga Muslim adalah rumah tangga yang banyak menindas kaum isteri.
Pada awal pengislaman, Catherine tidak terus memakai tudung, cuma pada acara-acara keagamaan sahaja. Namun dalam rutin kehidupan seharian, dia lebih selesa mengenakan bandana atau sekadar bertopi untuk menutupi rambutnya.
Alasannya, dia sengaja tampil demikian untuk menarik perhatian, waima ketika berada di rumah, sedang menikmati hidangan, membeli-belah, ataupun sewaktu berada di luar rumah. Kalau orang bertanya, maka akan mudah baginya untuk bercerita tentang Islam.
Beliau mahu orang ramai dapat mengadaptasikan ajaran Islam secara berperingkat-peringkat.
"Saya juga mahu mereka menghakimi diri saya pertamanya dari sudut kecerdasan dan karakter, bukan pada agama saya. Inilah yang saya maksudkan sebagai syiar," katanya.
Ramai yang beranggapan pengislaman Catherine hanya untuk menggembirakan keluarga suami tetapi bukan atas kerelaan, keikhlasan dan kepercayaan diri sendiri.
Tidak terkecuali juga kalangan teman-temannya termasuk ada yang terkejut bahawa Islam mengharamkan arak, menyalahgunakan dadah dan tidak menggauli lelaki secara bebas.
Hal ini mengambil masa terutamanya kepada kawan-kawan lelaki di universiti seperti tidak boleh bercium atau mengucapkan salam dengan menyentuh pipi dan banyak lagi.
"Saya terpaksa memberitahu mereka, minta maaf ini bukan cara orang Islam.
"Lama-kelamaan, saya sebenarnya beralih menjadi seorang yang lebih Islamik daripada suami. Hal ini menyebabkan hubungan kami semakin renggang.
"Pada akhirnya, hati saya kuat mengatakan tanggungjawab suami dalam rumah tangga semakin berat dipikul olehnya dan krisis ini berlanjutan sehingga kami semakin menjauh dan kian terasing. Jodoh kami cuma bertahan selama tujuh tahun.
"Selepas berstatus janda, saya pindah ke rumah keluarga. Ramai yang pelik apabila mereka lihat saya masih lagi bertudung. Sejak itu, dalam situasi ditinggalkan sendirian, menjadikan keyakinan dan keimanan saya semakin kuat. Saya mula mencari kekuatan diri sebagai seorang Muslim dan mula berdikari," katanya.
Catherine akui, Islam banyak memberikannya petunjuk dan hala tuju dalam hidup ini. Dia mula melibatkan diri dengan Muslim Public Affairs Committee. Beliau mengetuai kempen-kempen anti-Islamophobia, diskriminasi terhadap wanita di masjid, kemiskinan dan situasi serta perjuangan rakyat Palestin.
"Apabila segelintir pihak memanggil kami kumpulan pelampau, saya rasa itu sesuatu yang tidak masuk akal. Hakikatnya, terdapat terlalu banyak masalah dalam komuniti Muslim, tetapi apabila orang ramai rasa dikepung, ia menjadikan jalan perubahan itu semakin berliku dan sukar.
"Saya masih sebahagian masyarakat kulit putih di Britain tetapi saya beragama Islam. Sebenarnya, ia mengambil masa juga untuk saya menyesuaikan dua identiti itu agar serasi berganding," katanya.

Lengkapkan ilmu imam dan makmum

DALAM kitab Durratun Nasihin, Rasulullah SAW menerusi hadisnya menjelaskan mengenai manfaat sembahyang berjemaah. Melalui hadis itu Rasullullah bersabda yang bermaksud: "Barang siapa sembahyang lima waktu berjemaah, maka baginya lima perkara (hadiah).
Pertama, dia tidak ditimpa kefakiran dunia. Kedua, Allah membebaskan dia daripada seksaan kubur. Ketiga, dia akan menerima kitab catatan amal dengan tangan kanannya. Keempat, dia melalui jambatan (siratulmustakim) sebagai kilat yang menyambar dan kelima, Allah memasukkannya ke syurga tanpa hisab dan seksa."
Demikianlah betapa besarnya kelebihan yang diperoleh mereka yang melaksanakan solat secara berjemaah.
Malah sebenarnya, fadilat solat berjemaah itu tidak ada noktahnya. Ia sentiasa bertali arus, sambung menyambung, mengembang dan membesar.
Ini kerana bagi yang solat berjemaah, mereka bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah dia akan mendapat banyak fadilat dan keuntungan sampingan yang lain lagi, mengukuhkan hubungan sesama individu yang bersolat, ketenangan, pahala iktikaf dan pahala berjalan ke masjid, selain banyak lagi yang bersangkutan dengan aspek duniawi dan ukhrawi.
Ganjaran besar itu kerana solat adalah anugerah yang begitu istimewa. Apa lagi perintah mendirikan solat disampaikan secara terus daripada Allah SWT kepada baginda Rasulullah SAW.
Kita sebagai hamba Allah dan umat Rasulullah mestilah memperkasakan diri untuk mencapai kesempurnaan dalam solat berjemaah.
Kesempurnaan tidak akan berhasil selagi individu itu tidak menguasai ilmu. Imam yang mengetuai solat berjemaah juga perlu mempunyai ilmu seperti syarat sah menjadi imam, jenis imam dan sunat yang dituntut kepada imam semasa solat.
Begitu juga dengan makmum, mestilah mengetahui syarat sah mengikut imam, cara mengikut imam jika terlepas satu atau lebih rakaat serta cara menegur imam sekiranya melakukan kesilapan dalam solat.


Buku Solat Berjemaah Mencapai Fadilat Melalui Kaifiat tulisan Ahmad Faisol Omar yang diterbitkan oleh Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. berusaha mengungkap sisi keilmuan dalam melaksanakan ibadat solat untuk rujukan kepada imam dan makmum.
Syarat, penjenisan, peraturan dan hukum-hakam yang dikemukakan di dalam buku ini, sekurang-kurangnya dapat memberikan penyelesaian terhadap kemusykilan yang sering melanda para Muslim ketika mendirikan solat berjemaah.
Buku setebal 148 muka surat ini menghuraikan pelbagai persoalan tentang solat jemaah yang dibahagikan kepada lima bab. Pada setiap bab, penulis pecahkan kepada tajuk-tajuk kecil bagi memudahkan rujukan. Contohnya, jika pembaca ingin mengetahui bagaimana cara untuk menegur imam yang melakukan kesilapan dalam solat, maka bolehlah merujuk kepada tajuk kecil Menegur dan Membetulkan Imam dalam Bab 4, Hubungan Imam dan Makmum.
Selain itu, penulis turut memberi jaminan bahawa fakta, hukum dan kaifiat beribadat tentang solat berjemaah yang dihuraikan dalam buku ini adalah berdasarkan rujukan kitab yang muktabar.
Kupasan yang ditampilkan dalam menangani setiap permasalahan berteraskan keilmuan Imam Syafie, sekali gus menjadikan buku ini sesuai menjadi rujukan kepada umat Islam di 
negara ini.

Tuesday, February 08, 2011

YOUTH INTELLECTUAL PROGRAMME

 YOUTH INTELLECTUAL PROGRAMME kembali lagi!!!!

untuk semester ini, 2010/2011...

dengan bertemakan " KETOKOHAN MEMACU KEGEMILANGAN"

PROGRAMME INI BERMULA PADA 10 FEB HINGGA 24 FEB 2011

PROGRAMME INI DIJALANKAN SEBANYAK 3 FASA IAITU:

 FASA PERTAMA :

FORUM : USTAZ AMIRUL ATAU DOKTOR AMIRUL

10 FEB 2011
PUKUL: 9 MALAM
TEMPAT: DEWAN SANTAPAN KK4

PANEL 1 : USTAZ ZUL RAMLI B. M. RAZALI
PANEL 2: DR FARHAN HADI HJ.M.M TAIB
MODERATOR: ELTY ELHAMZ


FASA KEDUA:

BICARA DAN KEMPEN AMAN PALESTIN
PADA: 15/2/2011
PUKUL: 9 MLM
TEMPAT: DEWAN SANTAPAN KK4

FASA KETIGA

CERAMAH: "SIAPAKAH LELAKI ITU???

PADA: 24 FEB 2011 -KHAMIS
PENCERAMAH: MUHAMMAD SYAARI ABDUL RAHMAN.
PUKUL : 9MLM
TEMPAT: DEWAN SANTAPAN KK4

MSTI ANDA SEMUA TERTANYA SIAPA LELAKI ITU???
SO. .... JEMPUT DATANG UNTUK MENGETAHUINYA.. AJAK KAWAN RAMAI...
UNTUK MERIAH PROGRAM INI....




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cetak artikel pilihan dari blog Balai Islam Bestari