Wednesday, May 30, 2012

GET TO KNOW-- Taubat di Pinggiran Hati

 Assalamualaikum..

Ketika kita sedang membaca tulisan ini, apakah dosa terakhir yang telah kita buat sebelum ini? Dalam masa sesaat,seminit,sejam,sehari,seminggu,sebulan dan seterusnya sebelum ini,apakah kita telah melalui tanpa dosa pun yang terpalit di hati? Hakikatnya, kita semua pasti telah melakukan dosa, daripada sekecil-kecil hingga ke sebesar-besarnya. Ya setiap Bani Adam itu pasti melakukan dosa,sebaik-baik orang berdosa ialah MEREKA YANG BERTAUBAT. Persoalannya, adakah kiota tergolong dalam kalangan sebaik-baik orang yang berdosa tu?

Sehebat mana maksiat yang kita lakukan,kita pasti membencinya tatkala kita kembali merenung dan muhasabah sendirian. Sepuas mana hati ini merasa dengan dosa yang kita lakukan, pasti ada tersudut perasaan benci, dan menyesal yang teramat sangat atas apa yang telah kita lakukan. Itulah fitrah yang telah Allah ciptakan dalam diri kita. Bukannya kita tidak merasa menyesal, tapi kita selalu menolak dengan benar-benarnya, namun perasaan ingin bertaubat itu tersisih di pinggiran hati.


Jelas bahawa seorang hamba itu tidak dapat lari daripada tergelincir ke lembah maksiat dan dosa,namun dia juag sentiasa dialu-alukan oleh Allah untuk memohon ampunan dan kembali taat. Maka tatkala kita lakukan, kita juga harus sedar bahawa tatkala itu, kitalah yang palingwajib kembali  ke pangkuan Illahi, bertaubat sepenuh hati. Ya, taubat itu bagi seorang mukmin bukannya satu pilihan, tapi satu kewajipan kerana dosa itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan, besar mahupun kecil.

Itu satu sudut pandang buat mereka yang berdosa,agar kita tidak terjerumus ke dalam tipu daya syaitan yang menghalang kita daripada menagih keampunan Allah biar sebesar mana dosa kita. Jangan biarkan taubat itu tersisih di pinggiran hati, lantas hilang sebelum sempat masuk ke dalam hati. Janganlah kita menginginkan nikmat Allah dan rahmat Allah jika sombong untuk memohon ampun padaNya. Allah itu Maha Pengampun. Jadi, kita jangan berlengah lagi untuk memohon ampun pada Allah..

Jangan biarkan dosa kita melimpah ruah tanpa kita luakkan dengan kata-kata taubat dan solat taubat kita kepada ALLAH. Teruskanlah melakukan solat taubat itu, dan mohon taubat kita diterima Allah. Jangan melengah lagi. Sementara, Allah memberi nikmat Islam, Iman dan nafas yang membawa roh bertemu jasadnya, kita sama-sama kejar taubat Allah itu..



 "Sesungguhnya pintu-pintu taubat itu terbuka buat orang yang beriman yang sungguh ingin bertaubat"

~Tarbiyah Ceria, Dakwah Berkesan~

Thursday, May 17, 2012

Program terkini Surau Bestari

Assalamualaikum...

Berikut adalah Program yang bakal diadakan di Surau Bestari, Kolej 4, Universiti Malaya


Forum Malam Mahabbah Ilmiah: Al-Guraba (Asing tapi tak terasing)
22 Mei 2012
9.30 malam
Surau Bestari, Kolej 4


Malam Mahabbah Ilmiah 
23 Mei 2012
7.00 malam
Surau Bestari, Kolej 4

Jemput semua hadir memeriahkan majlis dan menjeduk ilmu daripada semua ahli-ahli panel dan jemputan yang hebat ini..
*** sedikit tambahan maklumat, ketika  motivasi 23/5 kami ada diadakan majlis bacaan surah Yassin dan Tahlil..jadi pada mereka yang berminat untuk turut serta dan memberi nama arwah, boleh berhubung dengan ajk surau bestari muslimin(lelaki)- mohd izwan-0134114726 dan muslimat (perempuan)- easha- 0132743596***


Tarbiyah Ceria, Dakwah Berkesan



Friday, May 11, 2012

Kisah Hidup Nabi Ayub a.s

Assalamualaikum kepada pengunjung blog surau bestari kolej 4 ini.. pengisian kali ini membawa kepada kisah hidup seorang Nabi iaitu Nabi Ayub a.s.

Nabi Ayub a.s. ini antara Nabi kita yang kaya dan hebat amal ibadah. Hasil kekayaan adalah berdasarkan hasil ternakan dan juga hasil pertanian. Dengan rezeki yang Allah kurniakan, maka perniagaannya semakin hari semakin maju dan berjaya. Namun, Nabi Ayub tidak pernah leka dan sentiasa ingat dan takut pada Allah. 

Malam harinya sentiasa diselimuti dengan Qiamulail dan solat sunat disamping amalan wajib seharian. Kerana keimanan yang sangat hebat ini menyebabkan iblis cemburu akan Nabi Ayub. 

Satu ketika, iblis datang bertemu Allah dan berkata, "Ya Allah, aku nak Kau uji Nabi Ayub" Maka Allah perkenan hajat dan permintaan iblis.

Lalu dengan kehendak Allah,maka ujian buat Nabi Ayub hadir satu persatu menguji keimanannya. Berlakulah bencana alam yang telah memusnahkan hasil tanaman dan ternakan Nabi Ayub. Kemudian Nabi Ayub diuji lagi dengan kematian anak-anaknya. Seorang demi seorang. Walaupun rasa sedih dihati, namun beginda tetap sabar dan redho akan ketentuannya. Baginda tahu akan ada hikmah disebalik ujian-ujian Allah ini.Baginda tidak sekali-kali mengatakan Allah tidak adil atau benci dek kerana ujian yang menimpa keluarganya. Baginda masih tetap sujud dan taat pada perintah Allah ini.

Namun, iblis masih tidak puas hati. Kerana Nabi Ayub masih boleh taat dan sujud pada Allah dalam ujian-ujian yang menimpa dirinya. Lalu, iblis memohon pada Allah supaya Allah memberi ujian yang lebih besar  dan dahsyat lagi berbanding daripada ujian ini.

Lalu, Allah perkenan. Nabi Ayub diuji dengan satu penyakit kulit (sopak). Penyakit baginda semakin hari semakin teruk sehingga pada keadaannya menyayat hati. Badan dan daging-daging baginda di ratah ulat, sehinggakan tiada lagi daging di badan baginda untuk dimakan. Pada suatu ketika hanya tinggal lidah baginda.

Pada ketika itu, Nabi Ayub berkata kepada Allah, "Ya Allah, janganlah Kau mengambil lidah ku ini, kerana aku takut, aku tidak dapat berzikir dan menyebut nama Mu lagi." Pada saat ini, iblis terasa semakin kecewa dan akhirnya berputus asa. Lalu, jatuhlah 2 ekor cacing, 1 jatuh ke tanah menjadi pacat yang menyebabkan penyakit hilang darah dan 1 lagi terbang menjadi lebah yang memberi kebaikan kepada manusia.

Allah mendengar kata-kata Nabi Ayub, lalu Allah berkata kepada baginda; " Ya Ayub, hentakkanlah kaki mu ke tanah, akan terpancut 2 jenis air, air sejuk itu kau minum,dan air panas itu kau buat mandian. Maka akn sembuhlah penyakitMU itu."

Maka Nabi Ayub pun melakukan seperti yang Allah perintahkan. Lalu terpancutlah 2 jenis air; sejuk dan suam. Dengan izin dan kehendak Allah, maka pulihlah penyakit kulit Nabi Ayub serta merta. Dengan izin Allah juga, Allah telah mengembalikan anak-anaknya yang telah meninggal dunia dan juga isterinya.

Baginda memulakan semula aktiviti harian baginda sebelum ini.

--> Pengajaran yang boleh kita ambil daripada cerita ini adalah:
1. kekuatan iman seseorang itu tak goyah kepada Allah walau diuji sebesar mana ujian.
2. ingatan dan takutnya pada Allah dalam senang dan susah menjadikan kita yang terbaik
3. berzikirlah kita selalu sehingga badan hanya tinggal lidah semata
4. redho dan sabar akan ujian yang Allah beri dan memikirkan akan ada hikmah sebalik ujian Allah itu.


Monday, May 07, 2012

Mendidik Diri Cemerlang sebelum Didik Anak cemerlang

Assalamualaikum...
--Salam ukhuwah buat sahabat Surau Bestari Kolej 4.

Hari ini kami ingin berkongsi sedikit tentang Tips mendidik anak cemerlang. Namun mendidik diri cemerlang perlu dilakukan dahulu..

Antara tips ialah:
1. Jangan makan organ dalaman binatang dengan kerap
  -- Seperti hati, paru, limpa,dsb
  ~ Ia bole menyebabkan kita sering lupa dan lemah daya ingatan/fikiran

2. Makan malam sebelum Waktu Maghrib
  --Dalam lingkungan jam 6-8 malam
  ~ Ia kerana, pengahadaman makanan tu  mengambil masa yang lama (2 jam)
  ~ Selepas makan kita perlu berehat seketika sebelum melakukan aktiviti lain. (belajar)
  ~ Setelah beberapa minit/jam perut kita menjadi lebih tenang; tidak terlalu kenyang selepas selesai proses   penghadaman
  ~ Setelah penghadaman selesai, boleh la terus belajar.. tidak ada alasan nak mengantuk.

3. Minum air 1 jam sebelum dan 1 jam selepas makan
  -- Jika kita makan jam 6, maka kita minum pada jam 5 dan jam 7
  ~ Boleh kurangkan masalah perut buncit, dan ia sangat membantu penghadaman. bila penghadaman berlaku dengan betul, maka badan kita akn lebih sihat dan akan lebih sedia untuk belajar

4.Menghias bilik atau rumah dengan hiasan yang perlu terutama tentang ilmiah
  -- Sebagai perangsang untuk rasa lebih bersemangat untuk belajar

5. Oksigen sangat penting dalam kehidupan kita, oksigen menjadi perangsang otak kita
  -- Minum air suam sekurang-kurangnya 8 biji gelas kecil sehari. (2 L)
  -- Letak.tanam pokok kecil dekat dengan kita

6. Elakkan minum air yang ada bangkai semut
  ~ Boleh menyebabkan otak kita menjadi lemah (sunnah Nabi)

7. Amalkan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
  -- Makan kismis dan kurma
  ~ Membantu otak berkembang dan mudah mengahafal pelajaran
  ~ Sangat baik untuk otak.

8. Jangan minum semasa makan
  ~ Mengganggu penghadaman- lemah-lemah otak

9. Perlu ada rasa bersyukur
  -- Ibu Bapa bersyukur anak akan bersyukur juga
  -- Bersyukur pada Allah yang maha ESA

10. Hormati guru (pensyarah)
  -- Mengikut kajian, hanya 5% pelajar menghormati guru,95% masih ada benci,menyampah pada gurunya
  ~ Apabila rasa benci itu hadir dalam diri anak-anak (kita) susah untuk kita mendapat barakah ilmu itu

11. Setiap kali waktu makan, dahului lah dengan memakan buah sebelum makan nasi (Sunnah Nabi)
  ~ Memudahkan penghadaman
  ~ Menyegarkan otak (otak jadi cerdas)

** Segala tips yang diperkongsikan ini adalah cedukan ilmu daripada Dr Fadzilah Kamsah dan sesi Motivasi pagi yang ditayangkan di TV3 pada jam 7 pagi.
** perbanyakanlah membaca, mendengar, dan melihat perkara-perkara yang baik terutamanya ilmu.. Kerana ia adalah terapi buat diri kita untuk menjadi yang lebih baik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cetak artikel pilihan dari blog Balai Islam Bestari