
Alhamdulillah sekarang ni waktu cuti. Walaupon begitu gerak kerja islam jangan dilupakan... Disini ku ingin menyatakn sedikit rasa terkilan di hati melihat keadaan balai tersayang. Ketandusan jemaah. Ayuh wahai umat islam KK4 datanglah memeriahkan kembali balai kita. Ku merindukan balai yang dulunya penuh dengan jemaah, penuh cahaya keimanan, kezuhudan beribadah dan kemanisan beribadah bersama.
Kini semuanya hampir terkubur.
Menjadi harapan
untukku menyaksikan
umat yang bertuah ini
kembali bersatu hati
Buangkan yang keruh
ambillah yang jernih
tiada yng lebih beharga
selain dari perpaduan
lupakanlah segala persengketaan
hubungkan kembali tali persaudaraan
kerana orang beriman
itu beraudara
saling bertolong bantu
berkasih mesra
agar generasi kta di masa hadapan
bangga dengan apa yang kita wariskan
bersatu kita teguh
bercerai kita roboh
yang berat sama dipikul
yang ringan dijinjing sama
sepakat membawa berkat
asas hidup bermasyarakat
amalkan hidup yang sihat
SELAMAT DUNIA AKHIRAT