Showing posts with label UNIT ILMU DAN HIKMAH. Show all posts
Showing posts with label UNIT ILMU DAN HIKMAH. Show all posts

Tuesday, December 28, 2010

AMALAN UNTUK KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRAT


Kebahagian hidup merupakah salah satu nikmat yang sangat besar kurniaan Allah kepada hambanya yang terpilih. Bermakna, bukan semua orang dapat mengecapi kebahagiaan hidup walaupun sering ramai yang mengimpikannya.

Sesetengah orang dapat memenuhi semua keinginannya dalam hidup seperti rumah besar, kereta besar, isteri cantik, harta melimpah ruah namun masih tidak merasa bahagia. Jadi, apa sebenarnya ukuran seseorang itu bahagia.

Sebagai seorang muslim, kita amat mengharapkan diri kita mendapat redha Allah dalam kehidupan. Orang yang mendapat redha Allah akan merasa keberkatan hidup, tenang jiwanya dan sentiasa gembira dalam menjalankan urusan keduniaannya serta terasa seronok melaksanakan kewajipan kehambaan terhadap Tuhannya.

Islam menyarankan umatnya sentiasa berusaha dan berikhtiar untuk mencari kebahagiaan yang hakiki. Kebahagiaan yang hakiki ialah meliputi kebahagiaan di dunia dan juga kebahagiaan di akhirat . Antara amalan yang di sarankan oleh Islam untuk mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat ialah


1.MELAZIMI UCAPAN KALIMAH TOIYYIBAH IAITU “La ilaha illallah Muhammadar Rasulullah”.


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bemaksud: “Banyakkanlah berzikir kepada Allah pada setiap perkara kerana tidak ada amal yang paling dicintai oleh Allah dan tidak ada yang menyelamatkan seorang hamba daripada keburukan di dunia dan akhirat melainkan berzikir kepada Allah.”

2.SENTIASA MENYEBUT LAFAZ “ Lahaula-wala quwwata-illa billahil ‘aliyyil a’zim

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Apakah tiada aku tunjukkan kepadamu kunci untuk membuka pintu daripada pintu-pintu syurga?” Kata sahabat, “Apakah kunci untuk pintu syurga itu?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Dengan sentiasa menyebut “Lahaula-wala quwwata-illa billahil ‘aliyi-azim.” Zikir ini bermaksud, “Tiada daya, tiada kekuatan melainkan dengan izin Allah.” Apabila zikir ini selalu disebut-sebut, insya-Allah seseorang itu akan diberi ketenangan dalam menerima ujian dan keredaan daripada Allah.

3.APABILA MENDAPAT NIKMAT , MAKA UCAPKANLAH “Alhamdulillah

Rasulullah s.a.w. bersabda, bermaksud: “Ucapan yang paling disukai oleh Allah ada empat iaitu Subhanallah, Alhamdulillah, Wa la ilahaillallah, Allahu akbar.” Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: “Sekiranya dunia dan seluruh harta kekayaan yang berada di atasnya diserahkan ke tangan seorang daripada umatku, kemudian orang itu berkata Alhamdulillah, maka ucapan Alhamdulillah itu lebih berharga daripada seluruh harta itu. Ini kerana harta dunia akan habis, tetapi ucapan Alhamdulillah itu akan berkekalan selama-lamanya hingga akhirat.


4.UCAPKANLAH “ Bismillahir-Rohmanir-Rahim” KETIKA HENDAK MEMULAI SESUATU PEKERJAAN.

Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa setiap pekerjaan baik yang tidak dimulai dengan menyebut nama Allah, maka pekerjaan itu tidak mendapat keberkatan daripada Allah.

5.MELAZIMI UCAPAN “Astaghfirullahal-azim wa atubu ilaih” APABILA TERBUAT DOSA.

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Perlukah aku beritahu kepadamu tentang suatu penyakit dan ubatnya kepada kamu? Sesungguhnya penyakit manusia itu adalah dosa, dan ubatnya adalah istighfar.” Sebagai manusia kita tidak sunyi daripada melakukan salah dan dosa, maka cepat-cepatlah beristighfar dan bertaubat kepada Allah. Dalam hadis lain Rasulullah bersabda, yang bermaksud, “Barang siapa yang membiasakan dirinya membaca istighfar, Allah akan melepaskannya daripada segala macam kesempitan dan terlepas daripada setiap kesusahan dan Allah memberi rezeki kepadanya dengan tidak disangka-sangka.” Hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah.

Mudah-mudahan panduan ini dapat diamalkan untuk mendapatkan kehidupan yang diredai oleh Allah dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat


Wednesday, October 06, 2010

Kelebihan Ayat Seribu Dinar

Bismillahirrahmanirrahim…Assalamualaikum wbt kepada semua pelawat blog ini semoga anda semua berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.
Hari ini Kalam ini ingin berkongsi dengan pelawat2 sekalian iaitu berkaitan dengan ayat seribu dinar. Ayat seribu dinar adalah ayat suci al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq ayat 2-3 :
Firman Allah SWT yang bermaksud :
{2}……dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
{3} Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah mendapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah SWT, hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.
Di antara kelebihan dan fadhilat ayat seribu dinar ini ialah :
* Di baca apabila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara.
* Menghilangkan keresahan bila di baca di waktu resah.
* Di baca ketika hendak menaiki kenderaan
* Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.

Monday, September 27, 2010

HaRI intERaksi bAlAi isLAm...

HaRI intERaksi bAlAi isLAm...
tarikh : 26/9/2010
masa : 6 pagi -2.00 tengahhari
tempat : kk4,bukit cinta

hamdin tgk benda tu...?

joging ker jalan tu..
otw bukit cinta..hehhee

apasal hasif tu

peace,... bdk2 junior yang rajin turun.. yng laen x th pergi mn

berhenti rehat kejap..
letihnyer...
tp hamdin tetap tersenyum..

kaum hawa keletihan..
tp fida sempat lagi mesej

mesej pak we ker???


kami semua....

sarapan pagi makan roti jer

 pengerusi balai yang handsome... keletiham...
jgn perasan yer..en syukri..hehehe

otw balik kolej

gelagat kami semua
afiq kau buat apa tu..aduhai..mcm2 ragam la.. :) 
x per la asal bahagia..


adik-adik kelaparan
tekun ilah melukis slogan n icon

tgk bdk2 ni..rajin

apasal semua orang suka peace ni bile amb gambr..
herm tgk adik ni...
kak dilla buat apa tu???

hasif tgh fikr cam ner buat icon..hheeh

cantikan...

ni ENCIK AFIQ n ENCIK FAUZAN

POKOK KELAPA???
 COMEL...

AMIZA tgh bentang kerja ..

semua pandang depan...







Tuesday, July 20, 2010

SALAM UKHUWAH 2010/2011

Assalamualaikum...    

Salam ukhuwah buat pembaca-pembaca blog Balai Bestari (BB) yang setia serta pembaca-pembaca baru (junior la ni). Semoga anda semua sentiasa dilindungi ALLAH S.W.T serta berada di jalan yang diredhaiNya. InsyaALLAH...

Sempena pembukaan sesi baru ini 2010/2011, BB hanya ingin memberi beberapa nasihat & peringatan buat mahasiswa-mahasiswa seperti kita ini terutama buat adik-adik junior.

Apabila diri ini digelar pelajar universiti, sudah tentu banyak komitmen perlu diberikan dari pelbagai aspek termasuk pelajaran, karier, kepimpinan dan pengalaman. Semua itu adalah tanggungjawab kepada jasmani yang berarah kepada keduniaan. Kita juga perlu ingat kepada tanggungjawab rohani dimana maruah diri, akhlak dan iman juga perlu dilunaskan tanggungjawabnya. Dengan itu, selarikanlah pekerjaan untuk dunia & persiapan untuk akhirat.

Ingin ditekankan disini, para muslimat terutamanya, diri anda merupakan harapan ayah bonda di kampung, contoh tauladan kepada adik-adik. Jika perkara buruk yang anda bawa pulang, betapa hancur luluhlah hati-hati orang tua kalian & punahlah hormat yang adik-adik berikan. Bentengi diri dengan iman yang kuat kerana dengan iman yang kuat, kita tidak akan mudah terpengaruh. InsyaALLAH.. 

Antara cara untuk kuatkan iman ( insyaALLAH menjadi jika anda istiqomah melakukannya ) ialah :- 
  • luangkan satu jangkamasa khas dalam sehari untuk amalan akhirat & ibadah. Sebagai contoh, catat dalam jadual bagi masa maghrib hingga isyak ialah untuk kita beribadah & menghadiri kuliah maghrib serta majlis ilmu.
  • amalkan ibadat sunat seperti puasa & solat sunat, juga sunnah-sunnah nabi. ( Wajib jangan tinggal plak. nanti tak bermakna ibadat sunat tu ).
  • amalkan menyebut perkataan-perkataan yang baik, istighfar, tasbih, tahmid dsb.
  • berniat bagi setiap pekerjaan yang dilakukan adalah kerana ALLAH S.W.T. secara tidak langsung, ini akan membuatkan anda selalu mengingati ALLAH..

Setakat ini dulu perkongsian BB pada kali ini.. Harapan semoga anda akan terus bergerak untuk berubah kerana ALLAH. Jangan ditangguh pekerjaan yang baik kerana kita mungkin tak berpeluang untuk melakukannya sekali lagi.

wallahua'alam..   (^_^)     

Thursday, April 01, 2010

Rumah Tangga Yang Diredhai Allah..


Assalamu'alaikum warahmatuLlah.

Sana sini orang buang anak, buang bayi dan mendera anak. Manusia dah jadi binatang, bahkan lebih jahat daripada binatang.

Jom kita baca yang dituliskan oleh Ustaz Fathi Yakan tentang "tanggungjawab membina sebuah rumahtangga Islam" , tanggung di dunia, jawab di akhirat(tanggungjawab).

Menerima Islam memberikan kita kewajipan untuk memiliki satu risalah dalam hidup ini dengan cara hidup menurut risalah tersebut sehingga kita semua betul-betul menjadi Muslim baik dalam segi aqidah, ibadah, mahupun akhlaq. Dengan Pengakuan terhadap Islam bererti kita harus bekerja keras di lingkungan kita dalam semua level, dari keluarga sampai negara, dan bahkan ke segenap ummat manusia karena Islam diturunkan kepada semua manusia. Kita tidak cukup dgn hanya menyatakan saja bahawa kita menganut Islam dan mematuhinya tanpa menghiraukan orang-orang di sekeliling kita. Kita seharusnya memiliki rasa tanggungjawab kepada orang lain, menyeru dan menasihati mereka.


Rasulullah SAW telah bersabda: "Barang siapa yg tidur dan tidak mengambil beban urusan orang-orang Islam maka dia bukan termasuk golongan mereka." (HR al-Baihaqi)


Bertolak dari keadaan ini, kita memiliki tanggungjawab baru, yaitu tanggungjawab untuk:
-menegakkan sebuah masyarakat Islam
-menyampaikan Islam kepada masyarakat


Langkah pertama yg sesuai dgn tabiat Islam adalah membentuk rumahtangga kita supaya menjadi rumah tangga yg Islami. Kita bertanggungjawab utk menegakkan Islam di dalam keluarga, yg merupakan masyarakat kecil ini. Kita bertanggungjawab utk menyampaikan ajaran Islam kepada keluarga kita, pasangan hidup kita, anak-anak kita, serta kerabat dan handai taulan. Inilah cara yg diikuti oleh Rasulullah SAW dalam permulaan dakwah beliau.


Firman Allah yg bermaksud:
"Maka janganlah kamu menyeru (menyembah) tuhan yang lain di samping Allah, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang di azab. Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat, dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, iaitu orang-orang yang beriman." (QS 26:213-215)


Oleh sebab itu, tugas yg secara langsung dipikul oleh setiap Muslim setelah bertanggungjawab kepada dirinya adalah tanggung jawab kepada keluarga, rumah, dan anak-anaknya.


Firman Allah yg bermaksud:
"Hai orang-orang yg beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yg bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yg kasar, yg keras, yg tidak mendurhakai Allah terhadap apa pun yg diperintahkan-Nya." (QS 66:6)


TANGGUNGJAWAB SEBELUM BERUMAHTANGGA
Utk menolong kita di dalam usaha-usaha membina rumah tangga yg Islami, Islam telah memberikan petunjuk kepada kita. Diantaranya adalah:


SATU: Pernikahan kita haruslah karena Allah. iaitu bertujuan utk:
-membina sebuah rumah tangga yg Islami
-melahirkan keturunan yg soleh
-membina keluarga yg sanggup memikul amanah dan dapat melaksanakan kewujudan hidayah Allah sehingga hidayah tersebut akan terus berlanjutan.


DUA
: Pernikahan ditujukan untuk menjaga pandangan & kehormatan kita sehingga kita betul-betul bertakwa kepada Allah. Rasulullah SAW telah bersabda:


"Allah berhak menolong tiga golongan: orang yg berjihad di jalan Allah, hamba mukatab yg ingin membayar harga tebusannya, dan orang yg menikah dgn tujuan utk dapat memelihara kehormatan dirinya." (HR Tirmidhi, Ibn Hibban, dan Al-Hakim).
Sabda Rasulullah SAW yg lain:


"Barang siapa yg menikah bererti dia telah menyempurnakan sebahagian agamanya, maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah yg merupakan sebahagian lainnya lagi." (HR al-Baihaqi)


TIGA: Kita haruslah bijak dalam memilih pasangan hidup yg akan menjadi teman hidup kita yg diharapkan dapat seiring dan sejalan. Ini memerlukan usaha yg sungguh-sungguh. Rasulullah SAW telah bersabda:
"Pilihlah (yg terbaik) utk keturunanmu karena (kegagalan dari) satu generasi akan menuju kepada krisis." (HR Ibnu Majah dan Abu Mansur)


EMPAT: Kita hendaklah memilih pasangan hidup yg memiliki akhlak yg baik & berpegang teguh kepada agama, jadi kekayaan dan wajah bukanlah ukuran utama.
Sabda Rasulullah SAW:
"Janganlah kamu menikahi wanita kerana kecantikannya; boleh jadi kecantikannya itu akan membuat mereka hina. Janganlah kamu menikahi wanita kerana hartanya; boleh jadi hartanya itu akan membuat mereka zalim. Tapi nikahilah mereka kerana agamanya. Wanita hamba sahaya yg tuli namun beragama adalah lebih baik." (HR Ibnu Majah)


LIMA: Kita harus menjauhkan diri dari melanggar perintah Allah & menjauhi kemurkaan Allah serta azabnya. Seperti yg disabdakan oleh Rasulullah s.a.w:
"Siapa yg menikahi wanita kerana ketinggian kedudukannya, pernikahan itu tidak akan membawa sesuatu kepadanya kecuali kehinaan. Barangsiapa menikahi wanita kerana hartanya maka itu tidak akan menambah sesuatu kepdanya kecuali kemiskinan. Barangsiapa yg menikahi wanita kerana keturunannya, perkawinan itu tdk akan menambah sesuatu kepadanya kecuali hina dina. Dan barang siapa yg menikahi wanita dg tujuan agar dapat menahan pandangannya, memelihara kehormatannya atau menghubungkan silaturahim, Allah akan memberikan berkah kepadanya bersama wanita itu dan memberikan berkah kepada wanita itu bersamanya." (HR Abu Nuaim)


TANGGUNGJAWAB SEMASA BERUMAHTANGGA
Pemilihan isteri yg baik tidaklah melepaskan kita dari tanggungjawab terhadapnya setelah kita bernikah. Malahan, tanggung jawab yg utama dimulai "right at the first moment" setelah pernikahan. Beberapa tanggung jawab itu diantaranya:


SATU: Kita harus selalu bersikap baik terhadap isteri dan bergaul dgn nya dgn pergaulan yg mesra. Dgn cara ini diharapkan akan tumbuh rasa saling percaya di antara kita dan pasangan hidup kita. Sabda Rasulullah SAW:
"Orang yg terbaik diantara kalian adalah orang yg paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah yg terbaik (diantara kalian) terhadap keluargaku." (HR Tirmidzi)
Kita juga harus melaksanakan sabda Rasulullah SAW:
"Mukmin yg paling sempurna imannya adalah mukmin yg paling baik akhlaknya dan mukmin yg paling lemah lembut terhadap isterinya." (HR Tirmidzi)

DUA: Hubungan kita dg isteri tidaklah terbatas pada hubungan syahwat saja. Hubungan kita dgn isteri seharusnya boleh mewujudkan kesamaan pemahaman. Pasangan Muslim seharusnya spend time utk bersama-sama membaca, beribadah, mengurusi pekerjaan rumah tangga, dan bercengkrama (bersenda gurau). Dalam masalah ibadah Allah telah berfirman yg bermaksud:
"Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rizki kepadamu, Kamilah yg memberi rezki kepadamu. Dan akibat yg baik itu adalah orang-orang yg bertakwa." (QS 20:132)
"Dan ia menyuruh ahlinya utk bersembahyang dan menunaikan zakat, dan ia
adalah seorang yg diredhai di sisi Tuhannya
." (QS 19:55)
Dalam hal hubungan yg mesra dgn isteri, kita tahu bahwa Rasulullah s.a.w. biasa mengajak isteri beliau, Aisha r.a, utk berlumba lari. Rasulullah s.a.w pun biasa mengerjakan pekerjaan-pekerjaan rumah (membantu meringankan isteri beliau), bahkan dgn menjahit sepatu.


TIGA: Hubungan kita dgn isteri haruslah dalam batas syariah Islam. Kita tidak boleh melanggar syariah Islam, menjatuhkan nama Islam, atau melanggar hal-hal yg diharamkan oleh Allah. Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Celakalah lelaki yg menjadi hamba istrinya." (Al-Firdausi)


TANGGUNGJAWAB BERSAMA MENDIDIK ANAK
Sesungguhnya, keberhasilan dalam memilih pasangan yg soleh/solehah dan keberhasilan dalam pernikahan sesuai dgn Islam akan banyak menolong dalam usaha-usaha mendidik anak dgn tarbiyah Islamiyah yg diharapkan. Kegagalan dalam membina rumah tangga menurut cara yg Islami dan kesalahan memilih pasangan hidup boleh menyebabkan keruntuhan dan berlakunya keburukan yg menguasai keluarga secara keseluruhan. Pertengkaran yg terjadi dalam kehidupan suami isteri secara langsung mempengaruhi pendidikan dan kejiwaan anak. Karena itu, tanggung jawab kita yg pertama dalam pendidikan anak-anak kita adalah membangunkan pernikahan yg Islami (seperti yg ditunjukkan oleh Islam).


Pada hakikatnya hasil yg diharapkan dari terbinanya sebuah rumah tangga Islam adalah terwujudnya satu generasi yg soleh, sebagaimana dinyatakan dalam firman Allah yg bermaksud:
"Dan orang-orang yg berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yg bertakwa." (QS 25:74)


Anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tak berdosa). Bila anak kita mendapatkan tarbiyah yg baik dia akan menjadi anak yg soleh. Namun bila anak dibesarkan di tengah-tengah ibu bapa yg sering bertengkar atau ibu bapa yg keluar dari landasan Islam, anak itu akan demikian juga.


Rasulullah SAW telah bersabda:
"Anak-anak itu lahir dalam keadaan fitrah, adalah ibu bapaknya yg menjadikan dia Yahudi, Nasrani, atau Majusi." (HR Bukhari dan Muslim).
Oleh karena itu, Islam sangat menekankan (dgn sangat serius) tentang pendidikan atau tarbiyah anak sehingga anak-anak kita memperolehi pendidikan yg baik. Islam mengharapkan agar segala norma dan suasana diciptakan utk melaksanakan tarbiyah yg baik itu. Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Mendidik anak itu lebih baik daripada bersedekah secupak." (HR Thirmidzy).


Dalam sabda-sabda beliau yg lain:
"Tiada pemberian seorang bapak terhadap anak-anaknya yg lebih baik daripada (pendidikan) yg baik dan adab yg mulia." (HR At-Tirmidzy)


"Berlaku baiklah terhadap anak-anakmu dan ajarkanlah mereka adab yg baik" (HR Ibn Majah)
"Bila seorang meninggal, terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: amal jariah, ilmu yg bermanfaat, dan anak yg soleh yg berdoa untuknya." (HR Muslim)

 Sumber : Maza Yakni Intima'i lil Islam 
 oleh : Ustaz Fathi Yakan.                    

Monday, March 22, 2010

Malu...


 Rasa malu itu ada 10 macam ...

Pertama ; Rasa malu kerana berbuat salah, seperti rasa malu Nabi Adam ‘alaihissalam yang melarikan diri dari Allah SWT saat di syurga. Ketika Allah SWT bertanya , “Mengapa kamu melarikan dirimu dari Ku wahai Adam?” Adam menjawab, “Tidak wahai Tuhanku, melainkan kerana rasa malu terhadap engkau”.

Kedua ;
Rasa malu kerana keterbatasan diri (kelemahan dan rasa serba tidak sempurna), seperti rasa malu para malaikat yang membuatkan mereka senantiasa bertasbih kepada Allah SWT siang dan malam bahkan tanpa sesaat pun tanpa tasbih, namun demikian pada hari kiamat kelak mereka berkata, “Maha suci Engkau ya Allah, kami belum dapat menyembahMu dengan sebenar-benar penyembahan.”

Ketiga ; Rasa malu kerana pengagungan atau dikenali juga sebagai rasa malu kerana memiliki makrifat kepada Allah (mengenal Allah lalu mengagungkanNya). Ketahuilah wahai sahabat sekalian bhhawasanya sejauh mana makrifah seseorang hamba terhadap Tuhannya maka sejauh itu pula rasa malunya terhadap Allah SWT.

Keempat ; Rasa malu kerana kehalusan budi seperti rasa malu Rasulullah SAW saat mengundang orang ramai pada acara walimah Saidatuna Zainab ra.Kerana mereka tidak segera pulang, Baginda bangkit dari duduknya dan merasa malu untuk mengatakan kepada mereka, “Pulanglah kalian”.

Kelima ; Rasa malu kerana menjaga kesopanan , seperti rasa malu Ali ibn Abi Thalib ketika hendak meminta baju besi kepada Rasulullah SAW kerana dia adalah suami kepada Puteri Rasulullah SAW.

Keenam ;
Rasa malu kerana merasa diri terlalu hina seperti rasa malu seorang hamba yang memohon bermacam-macam keperluan kepada Allah SWT dengan menganggap bahawa ia adalah hamba yang terlalu hina di hadapan Allah SWT atas banyaknya hajat dan keperluannya kepada Allah SWT.

Ketujuh ;
Rasa malu kerana cinta, iaitu rasa malu orang yang mencintai di hadapan kekasihnya bahkan ketika terlintas di dalam fikirannya saat berjauhan dengan kekasihnya, dia tetap merasa malu tanpa diketahui apa sebabnya, apalagi jika kekasihnya muncul secara tiba-tiba di hadapannya.

Kelapan ; Rasa malu kerana ubudiyah, yakni rasa malu yang bercampur dengan cinta dan rasa takut. Seorang hamba yang merasa ubudiyahnya masih kurang, sementara kekuasaan Yang Disembah terlalu agung, sehingga ubudiyahnya yang kurang dan cacat serta tidak sempurna itu membuatnya rasa malu.

Kesembilan ; Rasa malu kerana kemuliaan, yakni rasa malu seorang hamba yang memiliki jiwa agung tatkala berbuat baik atau memberikan sesuatu kepada orang lain. Sekalipun dia sudah terkorban dengan mengeluarkan sesuatu namun dia merasakan kekurangan dalam berbuat baik.

Kesepuluh ; Rasa malu terhadap diri sendiri, yakni rasa malu seseorang yang memiliki jiwa besar dan mulia andaikata dia memiliki rasa redha dengan kekurangan diri sendiri dan merasa puas pula melihat kekurangan orang selain dia. Dia merasa malu terhadap dirinya sendiri sehingga seakan dia memiliki dua jiwa, yang satu merasa malu terhadap yang lainnya. Ini merupakan rasa malu yang paling sempurna. Sebab, jika seorang hamba merasa malu terhadap dirinya sendiri maka dia lebih layak untuk merasa malu terhadap orang lain.

Allahumma, kurniakan kami hakikat rasa malu seperti yang Engkau kehendaki.

Thursday, January 07, 2010

Tafsir surah at-takasur


Rabu 06/01/2010
Ustaz Khairul Anuar



Latar belakang surah
Surah makiyah,surah ke 102, juzuk 30,mengandungi 8 ayat





Maksud ayat….
1-      Bermegah-megahan telah melalaikan kamu
2-      Sampai kamu masuk ke dalam kubur
3-      Sekali-kali tidak! Kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatan mu itu)
4-      Kemudian sekali-kali tidak! Kelak kamu akan mengetahui
5-      sekali-kali tiadak! Jika kamu mengetahui dengan pasti
6-      niscaya kamu benar-benar akan melihat neraka jahim
7-      kemudian kamu benar-benar akan melihatnya dengan mata kepala kamu sendiri
8-      kemudian kamu benar-benar akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan(yang megah di dunia itu)
Ulasan
1-      Diantara punca manusia dimasukkan ke dalam neraka ialah
-          sibuk mengejar dunia sebagai gadaian akhiratnya
-          melakukan dosa
2-  segala yang kita lakukan akan dipertanggungjawabkan kepada kita
3-  Allah mengecam mereka yang mengejar dunia semata dan seharusnya kita perlu member peringatan kepada mereka supaya tidak leka dengan dunia
4-  Allah juga member ancaman yang mereka akn melihat neraka jahim itu sendiri
5- Pesanan ORANG YANG PALING BAIK DIANTARA MEREKA IALAH MEREKA YANG MEMBUAT DOSA DAN BERTAUBAT
6-  Mayat yang meninggal akan diiringi oleh 3 perkara yang mana 2 darinya akan pulang(harta dan sanak saudara) dan 1 akan bersamanya yakni amalannya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cetak artikel pilihan dari blog Balai Islam Bestari