Puisi buat kaum hawa
Hawa..
Andai engkau masih remaja,
Jadilah anak yang solehah buat ibu bapamu
Andai engkau sudah bersuami,
Jadilah isteri yang meringankan beban suami mu
Andai engkau masih ibu,
Didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan agama Allah
Hawa..
Andai engkau belum berkahwin,
Jangan kau risau jodohmu,
Ingatlah Hawa janji tuhan kita,
Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik,
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim,
Kerana aku khuatir,
Dari mata jatuh kehati,
Maka lahirnya senyuman,
Maka tercetusnya salam,
Dan sekali gus di susuli dengan pertemuan,
Takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Hawa..
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
Lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.
Kerana dia tahu ape matlamatnya dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita,
Yakni sebuah perkahwinan.
Oleh itu Hawa ..
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu.
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
Cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,
Biarlah hanya cinta dari kedua ibu bapamu
Yang memberi hangat kebahagian buat dirimu,
Cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta
Keluarga yang membahagiakan dirimu.
Hawa...
Cintailah Allah dikala susah dan senang
Kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu,
Kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu,
Kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga mengoncang iman lelaki.
...dan ingatlah nikmat ALLAH yang dilimpahkan ke atas kamu ketika mana kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu ALLAH menjinakkan hati-hati sesama kamu, justeru dengan nikmatNya itu kamu menjadi insan-insan yang bersaudara
Showing posts with label UNIT HEWI. Show all posts
Showing posts with label UNIT HEWI. Show all posts
Thursday, March 10, 2011
Monday, August 16, 2010
SUSAH KE JADI MUSLIMAH SEJATI???
SUSAH KE JADI MUSLIMAH SEJATI?
BisMiLLaHiraHMaN Ni RaHiM
DengaN NaMa aLLaH yaNg MaHa peMuraH LaGi MaHa MeNgasIhaNi.
MuqadimaH bukaN maEn geMpaK erK??BuLaN raMadHaN ni, JadI baIk sIkit. hihihiks..
Sering kali kita mendengar perempuan muslim mempersoalkan tentang kesusahan mereka dalam menjadi seorang muslimah sejati. Antara RUNGUTAN-RUNGUTAN yang pernah kita dengar adalah :
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya..
3.Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.
4. Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
5. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
6. Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.
7. Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.
TaPi, ada tak daLaM dIri waNita itU terPikir MengenaI perkara ini???
Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga. Makanya..Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan terserak, bukan? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dgn pompuan jalanan.
Satu: Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Dua: Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya.Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.
Tiga: Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melahirkan adalah syahid.
Empat:Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan wanita ini:Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya.
Lima:Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara, lelakinya.
Enam:Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja :Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.
Tujuh:Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperangfisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
Kalau kita sedaR mengeNai perkara inI adakah kamU (kaum-kaum wanita) masih akan merungut tentang kepayahan dalam menjadi muslimah sejati???Orang cakap, tepuk dada tanya selera...
So, apa lagi??tanya lah dalam diri tu...(smiLe)

Sunday, February 28, 2010
Kelahiran junjungan besar Baginda Rasulullah SAW
Maulidur Rasul yang jatuh pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
“Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat ke atas Nabi wahai orang-orang yang beriman! berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya. (Al-Ahzab:56)
Oleh itu, ayuhlah kita sama-sama merenungi dan menghayati pengertian di sebalik sebuah sambutan majlis Maulidur Rasul.
Thursday, September 17, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)