Sunday, August 29, 2010

malam Lailatul Qadar.

Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. ia berkata : “Dinampakkan dalam mimpi seorang lelaki bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam kedua puluh tujuh, maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Saya pun (Nabi) bermimpi seperti mimpimu, (dinampakkan pada sepuluh malam terakhir) maka carilah ia (Lailatul qadar) pada malam-malam yang ganjil”. (Riwayat Muslim)
Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turun padanya Malaikat Jibril dan malaikat-malaikat yang lain ke bumi dengan perintah Allah. Setiap ibadat yang dilakukan pada malam lailatul qadar dengan penuh ikhlas, insyaAllah amalannya akan diterima oleh Allah dan diampunkan semua dosanya yang telah lalu.
Allah SWT memperuntukkan satu malam di bulan Ramadan malam penuh syahdu dan berkat. Malam yang ditunggu-tunggu oleh para Anbiya’ dan para salihin yang tidak terdapat di bulan-bulan lain iaitu “Lailatul Qadar”. Pada malam inilah Allah menurunkan Al-Quran. Lailatul Qadar berlaku pada mana-mana sepuluh malam terakhir iaitu pada malam-malam ganjil.
Kita seharusnya menginginkan malam tersebut walau sekali seumur hidup tetapi malam itu tidak akan datang bergolek, hendaklah kita berusaha dan berdoa untuk mendapatkannya. Beramal pada malam tersebut akan mendapat ganjaran seperti beramal 1000 bulan atau lebih 83 tahun. Doa kita dikabulkan Allah SWT. Pintalah apa-apa yang munasabah untuk dunia dan akhirat, untuk diri, anak isteri dan ibu bapa serta sekalian muslimin muslimat.
Ulama menyatakan amalan yang sebaik-baiknya kita lakukan di malam Lailatul Qadar (yakni menghidupkan malam tersebut) ialah :
  • Memohon ampun segala dosa yang terdahulu (Istigfar)
  • Mengerjakan solat-solat sunat dan solat Qada’
  • Membaca Al-Quran
  • Berzikir dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW
  • Memperbanyakkan membaca doa : [ Maksudnya: "Ya Allah! Engkau yang Maha Pemaaf (Pengampun), kasih kepada kemaafan maka maafkan aku (ampun)". ]
  • Pada malam tersebut hendaklah solat Isyak berjemaah dan Subuhnya juga berjemaah

Wednesday, August 25, 2010

CERAMAH SEMPENA NUZUL AL QURAN DAN QIAMULAIL




PERHATIAN!!!! MUSLIM DAN MUSLIMAH KK4 
JKP BALAI ISLAM AKAN MENGADAKAN CERAMAH SEMPENA NUZUL ALQURAN YANG BAKAL TIBA PADA 27/8/2010 PADA PUKUL 9.15 MALAM. KAMI JUGA AKAN MENGADAKAN QIAMULAIL BERMULA PADA PUKUL 11.30 MALAM.

HARI: JUMAAT N SABTU
TARIKH: 27/8/2010-28/8/2010
TEMPAT: BALAI ISLAM KK4


CERAMAH SEMPENA NUZUL AL-QURAN

8.15 MLM: PERSIAPAN SOLAT ISYAK
8.30 MLM: SOLAT ISYAK DAN SOLAT TERAWIH
9.15 MLM: CERAMAH NUZUL ALQURAN
9.45 MLM: SAMBUNG SOLAT SUNAT TERAWIH DAN SOLAT WITIR
10.15 MLM:MOREH DAN BERSURAI

QIAMULAIL

11.30MLM: BERKUMPUL DI BALAI ISLAM
12.00MLM: MUHASABAH DIRI
1.00PG: TIDUR
4.00PG: PERSIAPAN UNTUK QIAMULAIL
4.15PG: QIAMULAIL BERMULA
5.00PG: SAHUR
6.00PG:SOLAT SUBUH
6.15PG: TAZKIRAH
7.00PG: BERSURAI

" TARBIYAH CERIA DAKWAH BERKESAN"



Monday, August 16, 2010

SUSAH KE JADI MUSLIMAH SEJATI???

SUSAH KE JADI MUSLIMAH SEJATI?

BisMiLLaHiraHMaN Ni RaHiM
DengaN NaMa aLLaH yaNg MaHa peMuraH LaGi MaHa MeNgasIhaNi.

MuqadimaH bukaN maEn geMpaK erK??BuLaN raMadHaN ni, JadI baIk sIkit. hihihiks..
Sering kali kita mendengar perempuan muslim mempersoalkan tentang kesusahan mereka dalam menjadi seorang muslimah sejati. Antara 
RUNGUTAN-RUNGUTAN yang pernah kita dengar adalah :

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya..
3.Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.
4. Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
5. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
6. Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.
7. Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.
TaPi, ada tak daLaM dIri waNita itU terPikir MengenaI perkara ini???
Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga. Makanya..Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan terserak, bukan? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dgn pompuan jalanan.
Satu: Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Dua: Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya.Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.
Tiga: Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melahirkan adalah syahid.
Empat:Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan wanita ini:Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya.
Lima:Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara, lelakinya.
Enam:Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja :Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.
Tujuh:Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperangfisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Kalau kita sedaR mengeNai perkara inI adakah kamU (kaum-kaum wanita) masih akan merungut tentang kepayahan dalam menjadi muslimah sejati???
Orang cakap, tepuk dada tanya selera...
So, apa lagi??tanya lah dalam diri tu...(
smiLe)

Tuesday, August 10, 2010

Persiapan Ramadan



Kurang daripada seminggu lagi, umat Islam di seluruh pelusuk dunia akan menyambut kedatangan bulan yang paling mulia, Ramadan Al-Mubarak. Bicara soal sambut-menyambut tentulah perlu ada persiapannya. Sepertimana kita hendak menyambut kedatangan YB ke tempat kita. Mungkin ketika ini ramai orang sudah membuat persiapan bagi menyambut ketibaan Ramadan. Namun, persoalannya bagaimanakah persediaan itu?

Persiapan yang mesti dibuat hendaklah merangkumi persiapan fizikal, mental dan ruhani untuk menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Apakah persiapan fizikal?
Persiapan fizikal bukanlah "pulun" habis-habisan sebelum menyambut Ramadhan. Bukannya memastikan perut mampu bertahan menghadapi Ramadhan dengan bekalan makanan yang menjadi isi perut sehingga bertambah beberapa kilogram berat badan!

Persiapan fizikal ialah melatih diri berpuasa. Sebagaimana kita perlu warming up ataustretching dahulu sebelum masuk gelanggang. Hal ini bagi memastikan kita bersedia dan biasa dengan keadaan berpuasa. Menahan lapar dan dahaga dan banyak mengerjakan amal soleh. Bahkan, berpuasa pada bulan Rejab dan Syaaban amat digalakkan dalam Islam. Sunat. Rasulullah tidak pernah berpuasa lebih banyak pada bulan lain melainkan Syaaban. Kita hendaklah memastikan kesihatan kita berada dalam keadaan yang baik supaya mampu berpuasa dengan sempurna. Alangkah ruginya jika kita mendapat sakit di bulan Ramadan sedang orang lain ralit berpesta ibadah. Sudahlah bulan lain tidak banyak amalan kita. Malangnya, bulan yang digandakan pahala ini juga kita tidak dapat mengerjakannya. Apa lagi yang ada pada kita untuk berdepan dengan Allah di hari Akhirat?

Persiapan yang kedua ialah akal.
Persiapan akal ialah kita sudah bersedia dengan ilmu. Ramai orang berpuasa tetapi punyai ragu-ragu dalam berpuasa dan beribadah di bulan Ramadhan. Ada yang tidak mengetahui apakah ibadah-ibadah yang afdal di bulan ini. Inilah perlunya persiapan ilmu. Lebih teruk lagi, ada yang melakukan persiapan untuk menghadapi hari-hari puasanya yang tentunya banyak masa lapang dengan membeli DVD pelbagai cerita; cerita Korea, Hindustan, Sepanyol, Amerika, cerita lawak dan entah apa-apa cerita lagi. Supaya diri tidak merasa bosan sementara menunggu waktu berbuka. Inilah yang diisi dalam kepala otak mereka!

Alangkah baiknya jika ia diisi dengan ilmu ukhrawi dan ilmu duniawi yang bermanfaat. Hari ini pelbagai jenama penerbit buku telah mengambil inisiatif untuk highlight buku-buku yang khusus bagi bulan-bulan tertentu. Contohnya bulan Ramadan bakal tiba ini, ada flyerskhusus senarai buku-buku berkaitan Ramadan. Ada juga kedai buku yang membuat rak khas buku-buku Ramadan. MasyaAllah...Betapa baiknya jika kita hadam buku-buku itu di siang hari sepanjang Ramadan. Bukan saja dapat mengisi masa yang terluang, manfaat ilmu dan pahala juga kita peroleh.

Persiapan mental yang paling utama ialah setkan matlamat bahawa kita berpuasa ini untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa!

Yang dikatakan 
persiapan ruhani itu adalah mendidik nafsu kita.

Latihlah diri untuk mula bangun awal supaya dapat bersahur. Bukan untuk kekuatan di siang hari tetapi ia juga adalah suatu ibadah. Paling baik bangun lebih awal sedikit supaya sempat berqiamulail sekurang-kurangnya solat sunat Tahajud dan sunat Taubat. Giatkan lagi pembacaan al-Quran supaya lebih fasih dan tidak terasa berat untuk membaca lebih banyak di bulan Ramadhan. Perbanyakkan amalan sedekah di bulan Ramadan. Kalau boleh buat satu checklist harian atau jadual supaya kita boleh mendisiplinkan diri dengan rutin ibadah dan memastikan kita tidak meninggalkan nikmat beribadah di bulan yang mulia ini.

Sunday, August 01, 2010

PeLuaNG uNTuK AnDa !!

Assalamualaikum... 

Special for those who waiting for this!! and also a chance for you to grab!! 

Pada 3 Ogos 2010 (selasa) akan diadakan temuduga bagi semua JKP di kk4 pada pukul 9.00 malam di dewan santapan.

Jadi, jom sama-sama turun untuk temuduga bagi JKP Balai Islam!! 


Inilah peluang untuk mencari pengalaman dalam organisasi sambil berkhidmat untuk agama! InsyaALLAH..

Sudah dijanjikan oleh ALLAH.. di dalam surah Muhammad ayat ke-7.. 
 Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama ALLAH, nescaya Dia akan menolongmu & meneguhkan kedudukanmu.  (47:7)


Please..  wisely choose the right medium for you to go on in college.. It will affect you soon.. 

As long as the effort to help ISLAM is with you.. then, it's okay to have the challenge.. but, without any bad thinking of people to ISLAM.. 
 
TARBIYAH CERIA, DAKWAH BERKESAN! 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cetak artikel pilihan dari blog Balai Islam Bestari