Semenjak dua menjak ini kita banyaak dikejutkan oleh kejadian tanah runtuh yang berlaku di Hulu Klang amnya Bukit Antarabangsa khususnya. Boleh dikatakan setiap hari akhbar dan berita memaparkan berita mengenainya. Langkah itu, ini, punca pihak yang bersalah macam- macam lagi……
Seharusnya kita orang Islam patut kembali kepada ALLAH atas musibah yang berlaku. Kita seharusnya menyekidik dan berusaha mengaatasinya. Firman ALLAH dalam surah AL-HADID 57:22 yang bermaksud sesuatu yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri semuanya telah tertulis dalam kitab (luth mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh yang demikian itu mudah bagi ALLAH.
Dalam satu hadis Nabi SAW yang diriwayatkan at-Tirmizi daripada Ali Bin Abi Talib Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu
Apabila harta benda dirampas dari perperangan dibahagikan kepada orang tertentu sahaja
Apabila zakat dikeluarkan kerana menebus kesalahan (terpaksa)
Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri
Apabila suami terlalu mentaati isteri
Apabila anak menderhakai ibu bapa masing – masing
Apabila seseorang lebih memuliakan teman lebih dari ibubapa sendiri
Apabila kedengaran banyak bunyi bising
Apabila lebih ramai membicarakan kedunian di dalam masjid
Apabila sesuatu kaum itu daripada kalangan orang yang dihina oleh mereka
Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya
Apabila arak menjadi minuman biasa
Apabila lelaki memakai sutera
Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki
Apabila wanita memainkan alat muzik
Apabila orang terkemudian menghina orang yang terdahulu
Maka saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angina merah (putting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi…
Huh bila di baca itu semua majoriti daripadanya bermaharajalela di bumi Malaysia sekarng. Sesungguhnya kerosakan yang berlaku dimuka bumi berlaku atas sebab tangan manusia sendiri. Dalam akhbar 12 disember 2008 tulisan Dr Zaini Ujang pensyarah Kejuruteraan Tanah Universiti Teknologi Malaysia, bumi adalah satu jasad. Ekosistem di Bukit Antarabangsa diibaratkan manusia tanpa tulang belakng atau tanpa kedua kakinya. Bayangkan bagaimana manusia boleh berjuang untuk terus hidup tanpa tulang belakang. Tetunya terumbang-ambing...
Jadi sama-samalah kita muhasabah diatas musibah yang berlaku...Jika kita menghayati sebenar-benarnya hadis ini sudah tentu ita mampu menerima hakikat atas apa yang berlaku keatas kita...
Oleh itu kembalilah kepaada apa yang dituntut oleh Islam ,semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia sampai akhirat.Amim.
No comments:
Post a Comment