Siapa kita?????????????????? Jadilah orang yang disenangi…
Siapakah orang yang sombong
Adalah orang yang diberi penghidupan tapi yidak mahu sujud pada allah tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah kepada allah atas segala apa yang ada di langit dan di bumi pada tuhannya kecualia jin dan manusia yang sombong diri
Siapakah orang yang telah mati hatinya
Adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat2 alquran hadis dan cerita kebaikan namun merasakan tidak ada apa2 kesan dalam hatinya untuk bertaubat
Siapakah orang yang dungu
Adalah orang yang tidak mahu melakukan ibadat tetapi menyangka tuhan tidak akan menyeksanya dengan kelalaian itu dan sering merasa tenag dengan kemaksiatan
Siapakah orang yang kuat
Adalah orang yang Dapat mengawal kemarahannya ketika ia dalam kemarahan
Siapakah orang yang lemah
Adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depannya tetapi tiadk ada sedikit pon kebencian dalam hatinya akan kemungkaran itu.
Siapakah orang yang bakhil
Adalah orang yang berat lidahnya untuk meembaca dan berselawat ke atas junjungan Rasulullah
Adalah oraang yang berat lidahnya untuk membaca dan meneliti akan kebesaran alquran dan tidak mahu mengambil pengajaran darinya
Siapakah orang yang tuli
Adalah oraang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkan
Siapakah orang yang sibuk
Adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah2 ia mempunyai kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Adalah orang yang bila ditimpa musibah ia akn berkata innalillah. Lalu ia berkata ya rabbi aku reda dengan ketentuanmu sambil manis tersenyum.
Siapakah orang yang menangis air mata mutiara
Adalaah orang yang tatkala bersendirian lalu mengingat akan kebesaran tuhan dan menyesal akan segala dosa-dosanya yang lalu sambil mengalir air matanya.
Siapakah orang yang kaya
Adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara
Siapakah orang yang miskin
Adalah orang yang tidak puas dengan segala kenikmatan yang ada dan sentiasa mengumpul harta
Siapakah orang yang pandai
Adalah orang yang bersiap-siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi
Siapakah orang yang bodoh
Adalah orang yang beria-ia berusaha sekuat tenaga untuk dunia tetapi akhirat diabaikan
Siapakah orang yang maju dalam hidupnya
Adalah orang yang mempertingkatkan ilmu agamanya
Siapakah orang yang mundur dalam hidupnya
Adalah orang yang tidak mempedulikan akan halal haramnya akan sesuatu perkara
Siapakah orang yang gila
Adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya 2 syarat sahaja yang membolehkan tinggal solat
Haid
Tidak siuman
Siapakah orang yang rugi
Adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan amal ibadat dan amal kebaikan
Siapakah orang yang ditipu
Adalah muda yang menyangka bahwa kematian itu hanya berlaku pada orang yang tua
Adalah orang mati yang membawa amal2 kebaikkan dimana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit
Adalah orang mati yang tidak membawa amal soleh lalu kubur menghimpitnya
Siapakah orang yang mempunyai akal
Adalah orang yang yang menghuni syurga kelak keranan menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksaan neraka
Siapakah orang yang tidak berakal
Adalah orang yang menghuni neraka kerana sekiranya mereka di dunia dulu menggunakan akal mereka sudah tentu mereka tidak mahu masuk neraka
No comments:
Post a Comment