Tuesday, December 22, 2009

Hijrah, ke mana kamu berhijrah wahai ummah?

www.iluvislam.com
Hilal Asyraf
Editor: RosNiza Abdullah

1431H. Macam-macam orang ucap, itu dan ini. Semuanya seputar azam baru di tahun yang baru. Berniat hendak mejadi lebih baik, berniat untuk mempertingkatkan diri. Tetapi, semua ini hanya akan menjadi seperti debu sahaja, andai ia dilakukan semata-mata kerana melepasi sebuah tahun.

1 Muharram, 1001 azam baru muncul dan wujud.

1 Januari, sekali lagi 1001 azam baru muncul.

Namun, apakah azam-azam ini diiringi dengan perancangan? Atau sebut-sebutan dari omongan? Ke arah mana kita berhijrah hakikatnya?

Menjadi hamba Ilahi Yang Berkuasa, atau hakikatnya berhijrah dalam lingkungan perhambaan di dalam dunia juga?

Ke arah mana?




Iman terjemahannya amal, cita-cita terjemahannya perancangan.

Amat pelik untuk saya, orang-orang berazam tetapi tidak pula merancang cara untuk menggapai azamnya. Begitulah juga manusia-manusia yang sibuk bercakap berkenaan Palestin, tetapi tiada perancangan rapi untuk membebaskannya.

Kita sudah penat dengan omongan kosong.

Dunia tidak akan tertawan hanya dengan bicara. Sebuah negara hanya bisa ditakluk dengan usaha. Bukan usaha semberono, tetapi usaha yang penuh dengan perancangan yang bersungguh-sungguh.

Merancang adalah bukti kita punya matlamat yang jelas. Kita nampak ke mana kita hendak berakhir, apa yang kita mahu, dan apa yang kita hendak gapai, maka kita merancang, langkah demi langkah agar kita mampu mencapai apa yang kita harapkan.

Di sinilah baru berlakunya peningkatan. Kita tahu di mana kita hendak berehat, kita sedar di mana kita kejatuhan, dan kita akan nampak apa yang perlu kita muhasabahkan. Dengan perancangan, apabila kita tiba ke titik-titik tertentu, kita akan mampu menaik secara berkadar terus dengan kehidupan, bukannya turun dan naik dengan mengikut keadaan.

Apakah kita merancang wahai diri yang kini menyatakan 1001 azam?



Dunia bukan untuk bermain-main Dunia ladang akhirat.

Kita semua tahu. Setiap amal baik dan buruk akan dihitung walau sebesar zarah. Kita semua tahu. Maka dengan pengetahuan kita ini, apakah kita menyangka dunia ini boleh kita lalui dengan bermain-main sahaja?

Kita tahu hari ini ummat Islam tertindas, kita sedar hari ini musuh-musuh Allah amat hebat, kita nampak betapa kita hari ini lemah, kita faham betapa jauhnya kita hari ini dengan Allah SWT, maka apakah yang telah kita usahakan?

Adakah cukup dengan kata-kata dan penulisan?

“Salam ma’al hijrah, semoga lebih baik”

“Semoga meningkat”

“Harap tahun ini lebih baik”

Kita sebut dengan kefahaman dan terjemahan amal, atau sekadar mengisi ruang kegembiraan satu sambutan? Kita hakikatnya mahu, setiap perbuatan kita, gerak geri kita memberikan kesan kepada pembangunan ummah. Kita tidak mahu kehidupan yang sia-sia.

Kita tidak hadir ke dunia ini untuk hanya bermain-main sahaja.



Lihatlah ke arah mana mereka berhijrah.

Menelusuri kisah hijrah para sahabat, pasti kita melihat betapa kita merentas tahun hijrah ini hanya dengan bermain-main sahaja.

Hijrah di dalam Islam punya makna yang besar. Bukan merentas tahun, tetapi merentas sahara untuk menyelamatkan iman. Bagaimana pula mereka berhijrah? Adakah dengan segala kemewahan? Tidak.

Suhaib Ar-Rumi RA, seoran hartawan yang terkenal dengan kekayaannya. Awalnya dia berhijrah dengan seluruh hartanya. Di tengah perjalanan, dia berjaya ditahan pihak Musyrikin Makkah. Mereka hendak membawanya pulang, menghalangnya daripada meneruskan hijrah.

Lantas Suhaib Ar-Rumi berkata: “Apakah kalau aku tinggalkan semua hartaku di sini, maka kamu akan membenarkan aku pergi?”

Dan dia meninggalkan seluruh hartanya. Saya ulang, dia meninggalkan seluruh hartanya.

Untuk apa?

Untuk hijrahnya kepada Allah SWT, untuk menyelamatkan keimanannya. Dia sanggup mengorbankan seluruh hartanya. Kerna dia jelas, dia berhijrah ke arah Allah SWT Yang Maha Kaya, Yang Berkuasa Atas Segala-galanya.

Abdurrahman bin Auf, seorang lagi hartawan terkenal. Dia awal-awal lagi bergerak keluar dari Makkah dengan sehelai sepinggang. Langsung tidak membawa hartanya. Sehingga di Madinah terpaksa memulakan perniagaannya daripada aras bawah semula. Begitu juga hartawan lain seperti Abu Bakar, Uthman dan lain-lain yang mengikuti Rasulullah SAW. Rasulullah SAW sendiri bersabung nyawa di dalam peristiwa hijrah ini. Begitu juga Saidina Ali bin Abu Talib RA yang sanggup menggantikan Rasulullah SAW di kamar baginda.

Pernahkah anda tertanya-tanya, atas dasar apakah mereka sanggup berkorban sedemikian rupa?

Kerana mereka benar-benar jelas akan penghijrahan mereka.

Mereka berhijrah kepada Allah SWT.

Keimanan mereka, keyakinan mereka membuatkan mereka sanggup mengorbankan segalanya, asalkan penghijrahan mereka kepada Allah SWT itu berjalan lancar.

“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.” Riwayat Bukhari dan Muslim.

Maka, apakah yang telah kita korbankan, andai benar penghijrahan kita kepada Allah SWT?

Atau sebenarnya, hijrah kita bukannya kepada Allah SWT, sebab itu kita tidak mengorbankan apa-apa? Sebab itulah kita tidak merancang apa-apa?

Jika benar, maka kita ini tidak berhijrah sebenarnya.



Penutup: Tiada Lagi Hijrah Selepas Itu, Selain Perjuangan Ke Arah Kebaikan.

Rasulullah SAW bersabda pada hari pembukaan kota Makkah:

“Tiada lagi Hijrah selepas pembukaan ini kecuali kerana jihad dan niat yang baik, dan sekiranya diperintahkan supaya keluar untuk berjihad dan melaksanakan kebaikan, maka keluarlah” Riwayat Bukhari.

Maka bergeraklah kepada kebaikan, jangan lengah. Bergerak dengan sistematik tanpa boncah. Keraskanlah diri menghadapi segala ujian agar tidak tergoncang. Korbankan apa yang patut dikorbankan, kaut apa yang patut dikaut.

Kenapa kita mesti redha dengan diri kita penuh dosa hari ini? Kenapa kita mesti rasa tidak mengapa dengan kelemahan kita hari ini? Kenapa kita mesti tunduk pada kezaliman dan kehinaan dunia kepada kita hari ini?

Maka bangkitlah, ubah segalanya, bermula dengan diri sendiri.

Jangan sekali mengungkap berubah itu, berubah ini, meningkat itu, meningkat ini, dengan kalam-kalam kosong tanpa perancangan. Kita tidak mahu bermain-main, kita bukan hamba tradisi. Kita hamba Ilahi.

Bergeraklah. Bergerak dengan serius.

Berhijrahlah, berhijrah dengan perancangan dan usaha yang tulus.


Dipetik daripada: Langit Ilahi

Sunday, December 20, 2009

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU-1431 H

“ Ya Allah! Tuhan yang mengubah keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi”

Monday, December 07, 2009

kembara dakwah


ting...ting.... Hanset menjerit. ada mesej masuk....Sepantas mungkin tangan menekan button yang berkenaan dan akhirnya keluarlah mesejnya.

Aku merindui teman untuk berjuang.. Aku rindukan sahabat untuk berjihad… sadiq bersama Beribadat/ rakan untuk bersama beribadat, Rakan untuk bersama bermuhasabah.. yang sama menuntut ilmu Allah….Sama2 bekerja


terharu membaca mesejnya. Ya benar. Setiap pejuang tentunya merindui teman yang sanggup bersekang mata bersama, makan garam bersama, makan gula bersama, telan hempedu bersama dan segalanya adalah bersaama. HUh payahnya untuk ditemui namun segunung kesyukuran dipaanjatkan jika dikurnuiakan ALLAH hambanya yang sebegitu.....






ALLAHUAKBAR.......
  MELIHAT kembali perancangan sewaktu KKB 08/09, sedih rasenya. Apakah perancangan itu haanya di dalam powerpoint atau telah terjelma di alam realiliti.Menjadi harapan kalupun tidak 100% terjelma, 10 % telahpun terjelmaa dan yang lain bakal menyusul. AMIN.
jom kita mulakan kembara dakwah kita. CHeck it out on the next posting........

see you there







 

7 Keajaiban Air Mata


Siapa bilang menangis tak ada gunanya? Kelamaan menangis memang bisa bikin mata merah dan bengkak. Tapi jangan salah, menangis dan mengeluarkan air mata ternyata bisa jadi obat ajaib yang berguna bagi kesehatan tubuh dan pikiran. Apa saja?


Dikutip dari Beliefnet, ini dia 7 keajaiban yang bisa Anda dapatkan setelah menangis dan berair mata.


1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah “dehydration” pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.


2. Membunuh bakteria
Tak perlu eye mo, cukup air mata yang berfungsi sebagai pencega antibakteria. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.


3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis bisa menurunkan paras tekanaan kerana dengan menangis, mood seseorang akan kembali seperti sediakala. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandung 24 peratus protein albumin yang berguna dalam menyeimbangkan sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.


4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandungi racun.


Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.




5. Mengurangkan stres
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stres? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.


Selain menurunkan paras stres, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stres seperti tekanan darah tinggi.


6. Meningkatkan komunikasi
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang membangun sebuah komunitas. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang bisa memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga sosial.


7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun Anda didera berbagai macam masalah dan cobaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.


Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu lewat menangis, jangan dipendam karena Anda bisa menangis meledak-ledak.


Jadi, tidak apa-apa kalau Anda menangis sesekali. Jangan risau ya ar-rijal. Kamu juga bias nangis. Masih hensem gitu. Hehehehe…….


Sumber : detik.com; http://www.indospiritual.com/artikel_7-keajaiban-air-mata.html
http://howto-bagaimana.blogspot.com/2009/09/7-keajaiban-air-mata.html

Friday, November 20, 2009

selamat bercuti



Imam Ghazali : “ Carilah hatimu di tiga tempat..Carilah hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran.Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak engkau temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika engkau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru, kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.”
Alhamdulillah peperiksaan akhir untuk semester 1 hampir ke penghujungnya. ini juga bermakna semester 1 2009/2010 hampir menurtup tirainya. ALHAMDULILLAH.
Ini juga bermakna program di bawah kelolaan Balai Islam KK4 juga mahu menutup tirainya. Masa yang berlalu terlalu cepat sehinggakan tidak terasa. 
  
MASA ITU IBARAT PEDANG. JIKA TIDAK DIURUSKAN DENGAN BAIK, NESCAYA IA AKAN MEMBUNUHMU.

Saya pasti tentunya sahabat sekalian tentunya mengutip kenangan-kenangan yang pahit mahupun manis sepanjang berada di Universiti malaya amnya dan KK4 khususnya. Semoga apa yang dilalui menjadi pedoman dan pengalaman yang mengajar kita erti hidup yang bakal kita lalui pada dekad akan datang... InsyaAllah. 

Peperiksaan telah berjaya aditempuh. Ada sahabat yang habis seawal 9/11. Huh bestnya... Ada yang mampu tersenyum puas namun ada yang bermuram durja. Itu memang lumrah. yang berlalu biarkan berlalu. Sebagai manusia jangan jemu untuk berusaha walaupun kertas telah dihantar dan barangkali telah siap diberi markah. Berusahalah dengan solat hajat, semoga pensyarah yang menanda kertas peperiksaan kita itu bermurah hati memberikaan kita markah. amim.

 hari ini saya ingin berkongsi 1 cerita. belaku di negara jiran. namun mempunyai makna yang tersirat.
Jum kita nikmatinya.
 
Kisah Si Penjual Tempe


Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalamsuasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa,

"Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"



Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi.

"Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin"

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.

"Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin"

Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.
Dia meninjau-ninjaukawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir,

"Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi."

Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya,

"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin"

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu,

"Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...

Moral:

Pertama: Kita sering memaksa kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita. Jangan menyalahkanNya jika kita tidak dapat apa yang dipinta.

Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga: Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat: Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita sentiasa gagal memenuhi hak Allah seperti menjaga perkara-perkara wajib, solat lima waktu, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan..




Friday, October 23, 2009

siGmA

22 hb Oktober 2009. alhamdulillah Balai Islam Kolej Kediaman Keempat telah selamat mengadakan satu majlis solat hajat yang telah dikendalikan oleh ustaz alang(Nu) sambutan yang diterima menggalakkan.
jum kite saksikan memori-memori hits yang dirakam oleh jurukamera kami (Azni) jum..................


banner sigma





eh...pehal ni?? mane pegi sume kusi meja ni??
 


semua oRg cam cbuk2 lagi.. ntah2 wat2 cbuk jew...ngehehe

hmmm... ramainye muslimat.... sejuk mAte tgk muka sorang2...


"name saye abu bakar bin abu mansor dan zanariah",...ingat tu...sape nak knal ley la miskol saye...019.........



doh ni gapo pulok ni?? jwb jgn x jwb cik nur...


barisan jejake pilihan.... khusyuknyeee...



aihh...pengerusi pun kene...??
cayalahhhh...
 


alahaiii... manjenye cik nur... mcm iklan ibu & anak... hehehe
 


solat hajat berjemaah....



wahhh... presiden pun turun padang.... mekaseh abg aiman.... 


haaaa.... nilah ustaz alang & kekasih hatinye, kak ima....
mekaseh ustaz & kak ima...


Tuesday, October 20, 2009

solat hajat perdana dan motivasi


alahamdulillah dapat blutooth jua akhirnye gambar 'rakyat-rakyat' memproses baner. jum check out


 
cayalah aina...caayookkk nadia......... go sigma go



 tengok pengerusi cekak pinggang dah...... cepat!!!!cepat!!!!!cepat!!!!!!!!!!!!


posing fendi.........posing.....................




memori sambutan raya balai......
2 in 1
digabung dengan majlis sambutan hari lahir pengerusi yg ke 21
(dah besau da jangan nakal2 no
mak bangga... )

tunggu next post k.......


Saturday, October 17, 2009

salam peperiksaan


2.00 pagi 16/10/2009

terharu bertamu melihat kesungguhan adik2 balai islam mengecat banner untuk program balai islam yang akan datang. SOLAT HAJAT PERDANA( SIGMA 09). Betapa bertuahnya ALLAH memilih tenteranya di jalan ini. Semoga semangat yang ALLAH kurniakan ini berkekalan hingga ke akhirnya.
"Sesengguhnya ALLAH menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh" surah ash-shaff 61:14


satu perkara yang perlu kita tanamkan di dalam hati adalah yakin pada Qada' dan Qadar ALLAH. apaun yang ALLAH berikan kepada kita adalah sesuatu yang kita mampu untuk mengharunginya. teringat kata2 seorang sahabat. kata-kata dari saidina Ali R.A
1.jangan takut kepada selain dari ALLAH 2. minta hanya kepada ALLAH 3. jangan malu untuk mengatakan kita tidak tahu sesuatu perkara 4.jangan sombong mengatakan anda tahu namun pada hakikatnya kita tidak mengetahuinya

satu perkongsian ilmu yang saya dapat dari pembacaan novel karangan Hlovate ialah apabila kita kesusahan tenangkanlah hati denagan keyakinan kepada ayat ALLAH

1.bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? 2. dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu 3. yang memberatkan punggungmu 4.dan kami tinggikan bagimu sebutan(nam)mu 5. kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu kemudahan\ 6.sesuungguhnya sesudah kesusahan ada kemudahan 7. maka apabila kamu telah selesai(dari sesuatu kesusahan) kerjakanlah dengan sungguh2 yang lain 8. dan hanya kepada ALLAH hendaknya kamu berharap
SURAH ALAM NASYRAH AYAT 1-8

sebenarnya saya ingin menyelitakan posing2 adik2 ketika mengecat banner. tapi apakan daya blutoothnya dapat' tetapi gagal dikesan dimanakah ia berada. huhuu
kalau ada rezeki insyaallah masuk jua gambar itu ke dalam blog ini.
kepada blogger sekalian, terima kasih kerana sudi menjengukl blog kami yang tak seberapa ini.
salam ukhwahfillah
2.38 a.m 16 okt 2009

Thursday, September 17, 2009

SALAM SYAWAL

Sedar tak sedar hari ini dah 27 ramadhan. tak lame lagi hari raya dah nak tiba.... tentunya pelbagai persiapan dibuat. Malah siap ada yang dah kemas rumah. Tukar itu, tukar ini, Huh bahangt hari raya sudah terasa. Namun harus diingatkan yang MEMBAZIR ITU AMALAN SYAITAN. Bulan puasa ni syaitan dirantai. Jangan kita pula yang menjadi syaitan pada diri sendiri. kita sebagai umat islam seharusnya bersyukur diatas kurniaan hari raya kepada kita. Sesungguhnya ALLAH maha penyayang kepada hambanya. Buktinya dengan penganugerahan ini.

Hal ini selaras dengan sabda Nabi SAW :


(إن لكل قوم عيدا وإن هذا عيدنا)


Ertinya : Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing, dan ini (IdilFitri dan Idiladha) adalah perayaan kita" ( Riwayat AL-Bukhari, 952 ; Muslim, 1892)

selaras dengan ini , kami warga ahli jawatankuasa balai islam sesi 2009/2010 mengucapkan

EPI ALI LAYA
MAAP ZAHIR WA BATIN

p/s semoga hari ray membawa makna kepada kita selaku hamba ALLAH, Pengikut Nabi SAW, manusia, anak, student bla bla dan bla

Wednesday, September 09, 2009

Merenunglah dan Bersyukurlah


Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yang Allah kurniakan kepada anda. Kerana nikmatNya telah meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan, keamanan negara, hutan belantara, udara dan air, serta masih banyak lagi lainnya adalah nikmat yang telah diberikan Allah kepada anda.


Sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya. (Ibrahim:34)


Demikian besar nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada anda. Dunia ini, beserta apa yang ada di dalamnya telah diciptakan Allah untuk anda, tetapi anda tidak pernah menyedarinya;anda menguasai kehidupan, tetapi tidak pernah mengetahuinya.


Dia telah memberikan nikmat-nikmatNya secara sempurna kepada kalian, baik zahir mahupun yang batin. (Luqman:20)

Anda telah diberi sepasang mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki.


Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan?(Ar-Rahman:13)


Apakah anda mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu yang biasa, padahal masih banyak manusia lain yang tiada mempunyai kaki? Apakah anda mengira bahawa berdiri tegak di atas kedua betis itu merupakan sesuatu yang mudah, padahal masih banyak manusia lain yang kehilangan kedua betisnya? Apakah anda merasai nikmatnya tidur dengan memejamkan kedua mata, sementara masih banyak manusia lain yang tidak dapat tidur kerana sakit yang menanggungnya?

Pernahkan anda merasa nista ketika anda dapat menjamu makanan yang lazat dan minuman yang sejuk, sementara masih banyak orang lain yang tidak dapat makan dan minum hanyak kerana penyakit yang mereka deritai? Renungkanlah! Betapa besarnya fungsi pendengaran, di mana Allah menjauhkan anda dari ketulian;penglihatan anda akan terhindar dari kebutaan; dan ingatlah kulit anda yang cantik yang terhindar dari penyakit gatal dan kudis.

Perhatikanlah juga fungsi Otak Anda! Apakah anda ingin menggantikan mata anda dengan emas sebesar gunung Uhud? Inginkah anda menjual pendengaran anda seharga perak satu bukit? Apakah anda mahu membeli istana-istanah yang menjulang tinggi dengan lidah anda, namun anda bisu? Apakah anda mahu menukar kedua tangan anda dengan butiran-butiran permata dan berian, tetapi tangan anda kudung?

Anda sebenarnya telah meraup kenikmatan yang tiada terhitung dan kesempurnaan tubuh badan, tetapi sayangnya anda tidak menyedarinya. Bahkan anda hidup dalam ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan, padahal anda masih memiliki roti yang segar untuk disantap, air yang segar untuk diteguk, dapat tidur dengan nyenyak, dan kesihatan anda yang stabil.

Anda seringkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga anda lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan anda. Anda merasa sedih kerana kekurangan material, padahal anda masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki setompok kebaikan, kenikmatan, dan masih banyak yang lainnya. Oleh kerana itu, renungkanlah dan bersyukurlah!


Pada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah.Apakah kalian tidak memperhatikannya? (Adz-Dzariyat:21)


Lihatlah diri anda, keluarga, tempat tinggal, pekerjaan, kesihatan, sahabat, dan dunia sekeliling anda.

Titipan Dariku


assalamualaikum
ape khabar??? harapannya agar sihat selalu.
Muslim WAke UP!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
wake up for tahajud,,,,,,,
wake up for terawih/////////
wake up for amalan sunat.........
wake up for ibadah.......
wake up for tadarus..............
wake up for kuliah.............
waku up foa allll...........
WAKE UP FOR ISLAM.......................
AYUH SEMUA
WAKE up!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, September 07, 2009

BerCerita Tentang BAlai Islam KK4 :)



Get ISLAMIC-Graphics




Alhamdulliah.. syukur kerna blog ini dapat disiapkan bout 45% .. memandangkan kitorg ni bdk baru dalam arena Blogger .. kitorg harap "no kutuk2 belakang" ek bout this blog.. InsyaALLAH blog nie akan disiapkan before raya .. harap2 rakan2 akan sentiasa melawat blog ni...
Hmm.. bercerite bout BALAI ISLAM.. Setakat ni kami amat Bz dgn work yang bnyk,, lagi2 bulan RAMADHAN ni.. bulan yg diberkati.. Pelbagai aktiviti telah dan akan kami anjurkan. contoh yg terdekat Majlis Nuzul Quran semalam.. Camane? manTOP x Ustaz Zahir bercerite?.. Ha, tu baru sikit.. Pasni kalau u all rajin ikut perkembangan kami.. We all sure that korang akan dapat lebih dari semalam..POST ni saje dibuat sebab kami nak testing sistem ni balik.,.,
**Opsss** blog ni bukan baru , dah lame ade.. cuma kami menambahbaikkan je ... Hmm... rasenye cukup r setakat ni..'
Lebih Pengisian akan dibuat dari masa ke semasa..
salam...





Get ISLAMIC-Graphics

Tuesday, August 25, 2009

Pahala????? syaaitan>???? nafsu???? eh semua lah...........

SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA PEMBACA BLOG BALAI BESTARI

Hari ni sedar atau tak kita dah berada di hari ke empat di bulan ramadhan. harapan agar ramadhan tahuin ini lebih bermakna dari tahun sebelumnya.
hari ini saya ingin berkongsi sedikit testimoni yang sayabaca dari ILUVISLAM>.CoM.
sedikit perkongsian agar kita sama-sama dapt menjalani puasa kali ini dengan sepenuh keredaan dar Al-Khalik.


Saturday, August 08, 2009

joke at saturday morning

ASSALAMUALAIKUM

salam pagi sabtu. pagi-pagi macam ni tentu kita mahuklan sesuatu yang rileks dan tidak membebankan perasaan. sebelum itu tahniah saya ucapkan kepada AJK projek Sjm 09 yang telah berjaya ;launchkan projek mereka malam tadi. tersirap darah menyaksikan tayangan Bukit kepong. Terasa jika kita hidup pada zaman itu, adakah kita akan berjuang sebegitu demi Malaya tercinta. Harapan agar kita sama-sama merenungi semangat perjuangan itu dan menyerapkan semangat itu dalam hidup kita pada hari i ni.

islam tidak pernah melarang umatnya berhibur. asalkan hiburan itu mampu mendekatkan diri kepada ALLAH dan yang paling penting tidak melalaikan kita.

hari ini saya ingin berkongsi beberapa fakta yang agak pelik tetapi benar.
REPLIES BELIEVE OR NOT??????????????????
Let check it out....................

1) The average person's left hand does 56% of the typing.

2) "Dreamt" is the only English word that ends in the letters "mt".


3) Los Angeles's full name is "El Pueblo de Nuestra Senora la Reina de los Angeles de Porciuncula".

4) A cat has 32 muscles in each ear.

5) An ostrich's eye is bigger than its brain.

6) Women blink nearly twice as much as men.

7) Right-handed people live, on average, nine years longer than left-handed people do.

8) The electric chair was invented by a dentist. (does that one really surprise any of us?).

9) No word in the English language rhymes with month, orange, silver, and purple.

10) The most common name in the world is Mohammed.

11) The international telephone dialing code for Antarctica is 672.

12) The glue on Israel postage stamps is certified kosher.

13) Did you know you share your birthday with at least 9 million other people in the world.

14) The only 15-letter word that can be spelled without repeating a letter is uncopyrightable.

16) Coca-Cola was originally green.

17)On a Canadian two dollar bill, the flag flying over the Parliament building is an American flag.

18)The longest place-name still in use is: Taumatawhakatangihangakoauauotamateaturipukakapikimaungahoronukupokaiwenuakitanatahu,

a New Zealand hill.

19)Tigers have striped skin, not just striped fur.

20)The microwave was invented after a researcher walked by a radar tube and a chocolate bar melted in

his pocket.

21)"Stewardesses" is the longest word that is typed with only the left hand.

"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan kau sentuh itu harta" "Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa" "Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa" "He he he


Friday, July 31, 2009

WHO R U??????????

Siapa kita?????????????????? Jadilah orang yang disenangi…


Siapakah orang yang sombong

Adalah orang yang diberi penghidupan tapi yidak mahu sujud pada allah tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah kepada allah atas segala apa yang ada di langit dan di bumi pada tuhannya kecualia jin dan manusia yang sombong diri

Siapakah orang yang telah mati hatinya

Adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat2 alquran hadis dan cerita kebaikan namun merasakan tidak ada apa2 kesan dalam hatinya untuk bertaubat

Siapakah orang yang dungu

Adalah orang yang tidak mahu melakukan ibadat tetapi menyangka tuhan tidak akan menyeksanya dengan kelalaian itu dan sering merasa tenag dengan kemaksiatan

Siapakah orang yang kuat

Adalah orang yang Dapat mengawal kemarahannya ketika ia dalam kemarahan

Siapakah orang yang lemah

Adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depannya tetapi tiadk ada sedikit pon kebencian dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil

Adalah orang yang berat lidahnya untuk meembaca dan berselawat ke atas junjungan Rasulullah

Siapakah orang yang buta

Adalah oraang yang berat lidahnya untuk membaca dan meneliti akan kebesaran alquran dan tidak mahu mengambil pengajaran darinya

Siapakah orang yang tuli

Adalah oraang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkan

Siapakah orang yang sibuk

Adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah2 ia mempunyai kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya

Adalah orang yang bila ditimpa musibah ia akn berkata innalillah. Lalu ia berkata ya rabbi aku reda dengan ketentuanmu sambil manis tersenyum.

Siapakah orang yang menangis air mata mutiara

Adalaah orang yang tatkala bersendirian lalu mengingat akan kebesaran tuhan dan menyesal akan segala dosa-dosanya yang lalu sambil mengalir air matanya.

Siapakah orang yang kaya

Adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara

Siapakah orang yang miskin

Adalah orang yang tidak puas dengan segala kenikmatan yang ada dan sentiasa mengumpul harta

Siapakah orang yang pandai

Adalah orang yang bersiap-siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yang bodoh

Adalah orang yang beria-ia berusaha sekuat tenaga untuk dunia tetapi akhirat diabaikan

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya

Adalah orang yang mempertingkatkan ilmu agamanya

Siapakah orang yang mundur dalam hidupnya

Adalah orang yang tidak mempedulikan akan halal haramnya akan sesuatu perkara

Siapakah orang yang gila

Adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya 2 syarat sahaja yang membolehkan tinggal solat

Haid

Tidak siuman

Siapakah orang yang rugi

Adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan amal ibadat dan amal kebaikan

Siapakah orang yang ditipu

Adalah muda yang menyangka bahwa kematian itu hanya berlaku pada orang yang tua

Siapakah orang yang luas rumahnya

Adalah orang mati yang membawa amal2 kebaikkan dimana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit

Adalah orang mati yang tidak membawa amal soleh lalu kubur menghimpitnya

Siapakah orang yang mempunyai akal

Adalah orang yang yang menghuni syurga kelak keranan menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksaan neraka

Siapakah orang yang tidak berakal

Adalah orang yang menghuni neraka kerana sekiranya mereka di dunia dulu menggunakan akal mereka sudah tentu mereka tidak mahu masuk neraka

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cetak artikel pilihan dari blog Balai Islam Bestari