Thursday, September 15, 2011

SeLaMat Datang ke KoLeJ 4 UM.






Alhamdulillah, 
Segala puji hanya bagi Allah swt yang telah memberi kita nikmat iman dan islam.  Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarganya dan seterusnya kepada pada para sahabat  Nabi dan semua umat islam yang terus istiqamah dalam keimanan dan perjuangan menegakkan islam dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua pelajar baru di Kolej Kediaman Ke Empat, UM kerana telah terpilih menjadi mahasiswa/i. Semoga berjaya dengan cemerlang di dalam bidang yang diceburi. 

 InsyaAllah saya ingin berkongsi beberapa tips hasil daripada pengalaman saya sendiri untuk panduan anda agar dapat berjaya dengan cemerlang sebagaimana saya dan rakan-rakan telah berjaya mengharunginya dengan izin Allah swt.

Adik-adik sekalian,

Dunia kampus adalah alam yang sangat menyeronokkan dan pada masa yang sama penuh dengan segala jenis rencah kehidupan yang bernama pengorbanan, kesusahan, kebebasan, keseronokan, kepahitan dan kehebatan. Disinilah bermulanya kehidupan anda yang mencabar kerana anda berada jauh daripada keluarga dan sanak saudara. Untuk itu, ingatlah pesanan bijak pandai ini;

"do not ask for an easy life, but ask to be a strong person"

Di alam kampus, kita kena jadi orang yang hebat. Di sinilah bermula perjalanan kita untuk mengenali siapa kita dan tujuan hidup kita yang sebenarnya. Seandainya tersalah pilih, maka kita akan tersesat ke arah yang menjauhkan kita daripada tujuan hidup sebagai muslim. Sebagai orang yang hebat dan kuat. Kita tidak perlu merungut berkenaan hal-hal yang remeh temeh seperi kekurangan kemudahan asrama, pengangkutan lambat ,  makanan tidak sedap dan mahal. Susah untuk mendaftar, duit ptptn lambat masuk dan sebagainya. Sebaliknya jika menghadapi masalah anggaplah itu sebagai cabaran dan berusahalah untuk mengatasinya sebaik mungkin. Berhenti daripada hanya bercakap. Belajarlah untuk berbuat. Inilah yang saya maksudkan "strong person".

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri..." (13:11) 

Di alam Universiti anda mesti berubah/transform jika mahu berjaya. Perubahan itu sudah semastinya perubahan yang positif dan untuk berubah menjadi lebih baik ia mestilah kemahuan yang kuat dari dalam diri anda sendiri.


Seterusnya saya ingin berkongsi  3 tips penting untuk anda berjaya di IPT. Ia juga merupakan pesanan Imam Al-Ghazali jika anda ingin melakukan perubahan dalam hidup anda, perlu ada 3 perkara;

1. Carilah sahabat yang soleh dan solehah.
  •  jangan hanya pilih kawan yang kaya dan bijak, sebaliknya carilah kawan yang bijak dan beragama nescaya dapat membimbing kita menjadi anak soleh dan pelajar cemerlang.
  • carilah sahabat yang baik akhlaknya,agar kita juga menjadi seperti dia.
  • untuk mendapatkan kawan jenis ini, anda boleh berjumpa dengan mereka di surau dan masjid. Kerana mereka yang solat berjemaah di surau adalah mereka yang taat beragama dan dekat dengan Allah. Maka berkawanlah dengan mereka. Nescaya anda akan beruntung.
  • jadilah seperti lebah yang mencari madu, jangan menjadi seperti lalat yang hanya mencari najis kotor.

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

 

2. Carilah tarbiyyah islamiyyah/usrah/halaqah
  • Usrah bagi saya suatu kewajipan yang mesti dicari oleh setiap pelajar seperti yang dipesan oleh Ust Sulaiman, Naib Pengarah Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak baru-baru ini. Kerana melalui usrah lah anda akan mendapat kawan yang baik dan belajar mengenali islam dengan lebih mendalam dan suasana yang islamik akan dapat anda rasai bersama rakan-rakan usrah di dalam pertemuan mingguan dan program2 dakwah. Usrah akan mengajar anda tujuan hidup sebagai muslim erti ukhwah islamiyah. Usrah juga akan mengajar anda erti pengorbanan dan kasih sayang. Usrah juga akan mengajar anda akan kepentingan mengurus masa dan menghindarkan anda daripada aktiviti yang berunsur maksiat dan sia-sia. Ramai pelajar-pelajar yang mengikuti usrah semasa zaman saya belajar dahulu telah berjaya di dalam pelajaran kerana didikan di dalam usrah telah membantu kami menyeimbangkan antara tuntutan pelajaran dan kehidupan. Justeru itu, nasihat saya, sertailah usrah agar anda dapat merasai seperti apa yang saya rasai. 
  • Dalam sirah nabi, Pembentukan Usrah yang pertama telah dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w di rumah al-Arqam bin Abi –Arqam. Rasul mengajar mereka yang hadir setiap ayat Quran yang diturunkan. Baginda juga menekankan proses pembinaan sifat-sifat luhur seperti baik hati,amanah, bertanggungjawab, bercakap benar, berani dan sebagainya di dalam diri para sahabat.
  • ‘Usrah’ bukan sahaja tempat untuk menyampaikan atau mendapatkan ilmu, malahan ia merupakan tempat untuk sesama ahli membincangkan sesuatu masalah yang timbul dan juga tempat untuk membentuk peribadi dan sahsiah ahli usrah dan tolong-menolong apabila ada ahli yang  ditimpa kesusahan
  • Jika anda tidak pernah tahu apa itu usrah, maka berusahalah untuk mengenali dan mencubanya. Kerana pesan bijak pandai;
“Hanya Mereka Yang Berani Gagal Dapat Meraih Keberhasilan” (Robert  F. Kennedy)

Allah swt berfirman daalm -Al-Quran,

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan." (5:35)

3. Hiduplah dalam  bi'ah/suasana islamik
  • berusahalah agar anda selalu berada di dalam suasana/persekitaran yang islamik dengan selalu ke surau atau masjid. Menyertai kuliah-kuliah agama dan program-program keislaman yang dianjurkan.
  • kerana saya begitu memahami suasana di alam kampus sangat menguji iman kita sebagai anak muda. Pergaulan antara lelaki dan wanita yang kurang batasan selalunya akan membuat kita alpa dan hanyut. Ditambah lagi dengan cara berpakaian anak muda yang seksi dan menggoda di mana-mana sememangnya membuatkan nafsu bergejolak bagi pelajar baru. Maka sebab itulah anda harus selalu mendengar pengisian/peringatan agar dibersihkan hati dan diingatkan kembali akan dosa maksiat. Semuanya ini agar anda akan terus dapat fokus dalam pelajaran dan mencapai cita-cita daalm hidup. 
  • sertailah usrah nescaya anda akan selalu hidup dalam suasana islamik.
  • sekiranya hidup anda di alam kampus tidak diisi dengan aktiviti kerohanian dan berfaedah saya merisaukan masa-masa terluang yang ada akan sia-sia diisi dengan games, movie, drama, dating, lepak dan berbagai-bagai lagi aktiviti yang kurang berfaedah dan membuang masa. Saya tidak mahu anda menyertai sebahagian pelajar2 melayu islam yang ketinggalan dalam pelajaran hanya kerana leka dan lupa tujuan belajar di Universiti. Ramai pelajar kita yang gagal kerana dilalaikan oleh perkara kecil seperti terlebih bermain games,  lepak dan malas.
saya mahu anda menjadi generasi baru yang bangkit menjadi contoh kepada orang bukan islam bahawa anda adalah seorang muslim yang mengamalkan islam sepenuhnya. Kejayaan bukan hanya diukur pada ijazah atau poiter CGPA anda. Ia juga diukur pada sebaik mana akhlak dan manfaat anda dengan ilmu yang anda miliki itu. Akhir kata, Semoga kita berjaya di dunia dan akhirat

“Setiap lelaki dan Wanita Yang Sukses Adalah Pemimpi-Pemimpi Besar. Mereka Berimaginasi Tentang Masa Depan Mereka, Berbuat Sebaik Mungkin Dalam Setiap Hal, Dan Bekerja Setiap Hari Menuju Visi Jauh Ke Depan Yang Menjadi Tujuan Mereka” (Brian Tracy)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cetak artikel pilihan dari blog Balai Islam Bestari