Thursday, September 17, 2009

SALAM SYAWAL

Sedar tak sedar hari ini dah 27 ramadhan. tak lame lagi hari raya dah nak tiba.... tentunya pelbagai persiapan dibuat. Malah siap ada yang dah kemas rumah. Tukar itu, tukar ini, Huh bahangt hari raya sudah terasa. Namun harus diingatkan yang MEMBAZIR ITU AMALAN SYAITAN. Bulan puasa ni syaitan dirantai. Jangan kita pula yang menjadi syaitan pada diri sendiri. kita sebagai umat islam seharusnya bersyukur diatas kurniaan hari raya kepada kita. Sesungguhnya ALLAH maha penyayang kepada hambanya. Buktinya dengan penganugerahan ini.

Hal ini selaras dengan sabda Nabi SAW :


(إن لكل قوم عيدا وإن هذا عيدنا)


Ertinya : Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing, dan ini (IdilFitri dan Idiladha) adalah perayaan kita" ( Riwayat AL-Bukhari, 952 ; Muslim, 1892)

selaras dengan ini , kami warga ahli jawatankuasa balai islam sesi 2009/2010 mengucapkan

EPI ALI LAYA
MAAP ZAHIR WA BATIN

p/s semoga hari ray membawa makna kepada kita selaku hamba ALLAH, Pengikut Nabi SAW, manusia, anak, student bla bla dan bla

Wednesday, September 09, 2009

Merenunglah dan Bersyukurlah


Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yang Allah kurniakan kepada anda. Kerana nikmatNya telah meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan, keamanan negara, hutan belantara, udara dan air, serta masih banyak lagi lainnya adalah nikmat yang telah diberikan Allah kepada anda.


Sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya. (Ibrahim:34)


Demikian besar nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada anda. Dunia ini, beserta apa yang ada di dalamnya telah diciptakan Allah untuk anda, tetapi anda tidak pernah menyedarinya;anda menguasai kehidupan, tetapi tidak pernah mengetahuinya.


Dia telah memberikan nikmat-nikmatNya secara sempurna kepada kalian, baik zahir mahupun yang batin. (Luqman:20)

Anda telah diberi sepasang mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki.


Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan?(Ar-Rahman:13)


Apakah anda mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu yang biasa, padahal masih banyak manusia lain yang tiada mempunyai kaki? Apakah anda mengira bahawa berdiri tegak di atas kedua betis itu merupakan sesuatu yang mudah, padahal masih banyak manusia lain yang kehilangan kedua betisnya? Apakah anda merasai nikmatnya tidur dengan memejamkan kedua mata, sementara masih banyak manusia lain yang tidak dapat tidur kerana sakit yang menanggungnya?

Pernahkan anda merasa nista ketika anda dapat menjamu makanan yang lazat dan minuman yang sejuk, sementara masih banyak orang lain yang tidak dapat makan dan minum hanyak kerana penyakit yang mereka deritai? Renungkanlah! Betapa besarnya fungsi pendengaran, di mana Allah menjauhkan anda dari ketulian;penglihatan anda akan terhindar dari kebutaan; dan ingatlah kulit anda yang cantik yang terhindar dari penyakit gatal dan kudis.

Perhatikanlah juga fungsi Otak Anda! Apakah anda ingin menggantikan mata anda dengan emas sebesar gunung Uhud? Inginkah anda menjual pendengaran anda seharga perak satu bukit? Apakah anda mahu membeli istana-istanah yang menjulang tinggi dengan lidah anda, namun anda bisu? Apakah anda mahu menukar kedua tangan anda dengan butiran-butiran permata dan berian, tetapi tangan anda kudung?

Anda sebenarnya telah meraup kenikmatan yang tiada terhitung dan kesempurnaan tubuh badan, tetapi sayangnya anda tidak menyedarinya. Bahkan anda hidup dalam ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan, padahal anda masih memiliki roti yang segar untuk disantap, air yang segar untuk diteguk, dapat tidur dengan nyenyak, dan kesihatan anda yang stabil.

Anda seringkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga anda lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan anda. Anda merasa sedih kerana kekurangan material, padahal anda masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki setompok kebaikan, kenikmatan, dan masih banyak yang lainnya. Oleh kerana itu, renungkanlah dan bersyukurlah!


Pada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah.Apakah kalian tidak memperhatikannya? (Adz-Dzariyat:21)


Lihatlah diri anda, keluarga, tempat tinggal, pekerjaan, kesihatan, sahabat, dan dunia sekeliling anda.

Titipan Dariku


assalamualaikum
ape khabar??? harapannya agar sihat selalu.
Muslim WAke UP!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
wake up for tahajud,,,,,,,
wake up for terawih/////////
wake up for amalan sunat.........
wake up for ibadah.......
wake up for tadarus..............
wake up for kuliah.............
waku up foa allll...........
WAKE UP FOR ISLAM.......................
AYUH SEMUA
WAKE up!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, September 07, 2009

BerCerita Tentang BAlai Islam KK4 :)



Get ISLAMIC-Graphics




Alhamdulliah.. syukur kerna blog ini dapat disiapkan bout 45% .. memandangkan kitorg ni bdk baru dalam arena Blogger .. kitorg harap "no kutuk2 belakang" ek bout this blog.. InsyaALLAH blog nie akan disiapkan before raya .. harap2 rakan2 akan sentiasa melawat blog ni...
Hmm.. bercerite bout BALAI ISLAM.. Setakat ni kami amat Bz dgn work yang bnyk,, lagi2 bulan RAMADHAN ni.. bulan yg diberkati.. Pelbagai aktiviti telah dan akan kami anjurkan. contoh yg terdekat Majlis Nuzul Quran semalam.. Camane? manTOP x Ustaz Zahir bercerite?.. Ha, tu baru sikit.. Pasni kalau u all rajin ikut perkembangan kami.. We all sure that korang akan dapat lebih dari semalam..POST ni saje dibuat sebab kami nak testing sistem ni balik.,.,
**Opsss** blog ni bukan baru , dah lame ade.. cuma kami menambahbaikkan je ... Hmm... rasenye cukup r setakat ni..'
Lebih Pengisian akan dibuat dari masa ke semasa..
salam...





Get ISLAMIC-Graphics

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cetak artikel pilihan dari blog Balai Islam Bestari