Tuesday, December 28, 2010

SEGARKAN DIRI DENGAN SOLAT BERJEMAAH

edit dari blog Ustaz Zawawi Yusof- Moga dapat memberi manfaat dan dorongan untuk kita semua...InsyaAllah]



Kali ini mari  menghayati betapa kewajipan solat berjemaah yang sangat-sangat dituntut dalam Islam itu sangat besar pahala dan manfaatnya. Banyak hadis Rasul yang mengkhabarkan berkenaan perkara ini.

Cumanya, kita tidak terfikir, dari galakan syariat itu, sebenarnya terselindung 1001 rahmat dan manfaat untuk kesejahteraan hidup manusia. Inilah penemuan yang mengagumkan dari kajian saintifik yang dilakukan oleh seorang pakar fizik barat terhadap solat berjemaah.


Kelebihan Solat Berjemaah Mengikut Teori Fizik

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam umat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).



Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

AMALAN UNTUK KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRAT


Kebahagian hidup merupakah salah satu nikmat yang sangat besar kurniaan Allah kepada hambanya yang terpilih. Bermakna, bukan semua orang dapat mengecapi kebahagiaan hidup walaupun sering ramai yang mengimpikannya.

Sesetengah orang dapat memenuhi semua keinginannya dalam hidup seperti rumah besar, kereta besar, isteri cantik, harta melimpah ruah namun masih tidak merasa bahagia. Jadi, apa sebenarnya ukuran seseorang itu bahagia.

Sebagai seorang muslim, kita amat mengharapkan diri kita mendapat redha Allah dalam kehidupan. Orang yang mendapat redha Allah akan merasa keberkatan hidup, tenang jiwanya dan sentiasa gembira dalam menjalankan urusan keduniaannya serta terasa seronok melaksanakan kewajipan kehambaan terhadap Tuhannya.

Islam menyarankan umatnya sentiasa berusaha dan berikhtiar untuk mencari kebahagiaan yang hakiki. Kebahagiaan yang hakiki ialah meliputi kebahagiaan di dunia dan juga kebahagiaan di akhirat . Antara amalan yang di sarankan oleh Islam untuk mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat ialah


1.MELAZIMI UCAPAN KALIMAH TOIYYIBAH IAITU “La ilaha illallah Muhammadar Rasulullah”.


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bemaksud: “Banyakkanlah berzikir kepada Allah pada setiap perkara kerana tidak ada amal yang paling dicintai oleh Allah dan tidak ada yang menyelamatkan seorang hamba daripada keburukan di dunia dan akhirat melainkan berzikir kepada Allah.”

2.SENTIASA MENYEBUT LAFAZ “ Lahaula-wala quwwata-illa billahil ‘aliyyil a’zim

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Apakah tiada aku tunjukkan kepadamu kunci untuk membuka pintu daripada pintu-pintu syurga?” Kata sahabat, “Apakah kunci untuk pintu syurga itu?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Dengan sentiasa menyebut “Lahaula-wala quwwata-illa billahil ‘aliyi-azim.” Zikir ini bermaksud, “Tiada daya, tiada kekuatan melainkan dengan izin Allah.” Apabila zikir ini selalu disebut-sebut, insya-Allah seseorang itu akan diberi ketenangan dalam menerima ujian dan keredaan daripada Allah.

3.APABILA MENDAPAT NIKMAT , MAKA UCAPKANLAH “Alhamdulillah

Rasulullah s.a.w. bersabda, bermaksud: “Ucapan yang paling disukai oleh Allah ada empat iaitu Subhanallah, Alhamdulillah, Wa la ilahaillallah, Allahu akbar.” Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: “Sekiranya dunia dan seluruh harta kekayaan yang berada di atasnya diserahkan ke tangan seorang daripada umatku, kemudian orang itu berkata Alhamdulillah, maka ucapan Alhamdulillah itu lebih berharga daripada seluruh harta itu. Ini kerana harta dunia akan habis, tetapi ucapan Alhamdulillah itu akan berkekalan selama-lamanya hingga akhirat.


4.UCAPKANLAH “ Bismillahir-Rohmanir-Rahim” KETIKA HENDAK MEMULAI SESUATU PEKERJAAN.

Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa setiap pekerjaan baik yang tidak dimulai dengan menyebut nama Allah, maka pekerjaan itu tidak mendapat keberkatan daripada Allah.

5.MELAZIMI UCAPAN “Astaghfirullahal-azim wa atubu ilaih” APABILA TERBUAT DOSA.

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Perlukah aku beritahu kepadamu tentang suatu penyakit dan ubatnya kepada kamu? Sesungguhnya penyakit manusia itu adalah dosa, dan ubatnya adalah istighfar.” Sebagai manusia kita tidak sunyi daripada melakukan salah dan dosa, maka cepat-cepatlah beristighfar dan bertaubat kepada Allah. Dalam hadis lain Rasulullah bersabda, yang bermaksud, “Barang siapa yang membiasakan dirinya membaca istighfar, Allah akan melepaskannya daripada segala macam kesempitan dan terlepas daripada setiap kesusahan dan Allah memberi rezeki kepadanya dengan tidak disangka-sangka.” Hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah.

Mudah-mudahan panduan ini dapat diamalkan untuk mendapatkan kehidupan yang diredai oleh Allah dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat


Monday, December 13, 2010

salam maal hijrah


assalamulaikum...
salam maal hijrah
walaupun sudah beberapa hari ..
semoga tahun ini sungguh bermakna untuk semua umat islam.. 
terutama warga kk4 dan UM..

selamat bercuti

selamat bercuti kepada kawan- kawan di kolej kediaman keempat..
semoga cuti anda diisi dengan perkara yang bermanafaat...
kepada kawan-kawan atau senior2 yang sibuk dengan tesis semoga dapat buat dengan terbaik...
semoga kita jumpa lagi pada 3 /1/2011 pada semester 2 2010/2011
bersamaam tahun baru 2011...
dengan azam yang baru..

Monday, November 15, 2010

Wednesday, October 20, 2010

Kasih Sayang Dalam Islam


Selama kalian bersahabat denganku, apakah menurut hati kalian aku ini mencintai kalian atau tidak mencintai kalian?
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari seorang laki-laki dan wanita, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya saling mengenal. Sesungguhnya orang mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mengenal." - Surah Al-Hujuraat [49]:13
Malulah jika mengaku Islam, tetapi tidak memahami kasih sayang sebenarnya.
Sedih melihat saudara-saudari yang kebanyakan Muslim tetapi meyakini hari tertentu sebagai simbol kasih sayang.
Semoga itu hanyalah kerana minimumnya ilmu - daif terhadap ajaran.
Semoga diberi kekuatan dan semangat untuk mengkaji dan mengaji sehingga menjadi faham dan terkumpul dalam lingkungan orang yang soleh.
Padahal jika kita lebih jauh mengenal Islam, sesungguhnya Islam adalah agama yang penuh kasih sayang.Tahukah bahawa hari kasih sayang Islam versi Rasulullah Muhammad SAW?
Fathu Makkah, yang diabadikan dalam Al Qur'an sebagai Fathan Mubiiina (kemenangan yang nyata) terjadi pada bulan Ramadan, tepatnya pada tanggal 10 Ramadan tahun ke-8 Hijriyah.
Pasukan Islam dari Madinah masuk ke kota Makkah dengan damai tanpa peperangan.
Diizinkan Allah memperoleh kemenangan besar. Ribuan tawanan musuh diberi amnesti massal... Rasulullah berpidato kepada ribuan tawanan perang.
"...hadza laisa yaumil malhamah, walakinna hadza yaumul marhamah,wa antumut thulaqa...."
Wahai manusia, hari ini bukan hari pembantaian, melainkan hari ini adalah hari kasih sayang, dan kalian semua merdeka kembali ke keluarga kalian masing-masing.
Pasukan Islam mendengar pidato itu merasa terkejut juga.
Berjuang hidup mati, diperhinakan sekian lama; tetapi ketika kemenangan sudah di genggaman, musuh puladibebaskan.
Itu pun belum cukup. Rasulullah SAW memerintahkan rampasan perang dan pelbagai harta benda dan ribuan unta diberikan kepada para tawanan.
Sementara itu pasukan Islam tidak memperoleh apa-apa.
Mereka mengeluh dan memprotes. Mereka dikumpulkan dan Muhammad SAW bertanya: "Sudah berapa lama kalian bersahabat denganku?"
Mereka menjawab; sekian tahun, sekian tahun.
"Selama kalian bersahabat denganku, apakah menurut hati kalian aku ini mencintai kalian atau tidak mencintai kalian?"
Tentu saja sangat mencintai.

Rasulullah SAW mengakhiri pertanyaannya:
"Kalian memilih mendapatkan unta atau memilih cintaku kepada kalian?"
Menangislah mereka kerana cinta Rasulullah SAW kepada mereka; cinta yang tidak boleh dibandingkan dengan bumi dan langit.
"Cintailah manusia seperti kamu mencintai dirimu sendiri. - H.R. Bukhari
Islam sangat melarang keras untuk saling membenci dan bermusuhan, namun sangat menjunjung tinggi akan erti kasih sayang terhadap umat manusia.
Rasulullah saw. bersabda :
"Janganlah kamu saling membenci, berdengki-dengkian, saling berpalingan, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga tidak dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap sudaranya lebih dari tiga hari." (HR. Muslim).
Di sini jelas bahawa kita dianjurkan sekali untuk saling menjaga dan menghargai antara satu sama lain sebagai tanda kasih sayang.
Dalam hadis Nabi SAW :
"Perumpamaan orang-orang Mukmin dalam hal kecintaan, kasih-sayang dan belas kasihan sesama mereka, laksana satu tubuh. Apabila sakit satu anggota dari tubuh tersebut maka akan menjalarlah kesakitan itu pada semua anggota tubuh itu dengan menimbulkan insomnia (tidak boleh tidur) dan demam (panas dingin)." - HR. Muslim
Bahkan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Baihaqi melalui Anas ra. Nabi SAW bersabda :
"Tidak akan masuk syurga kecuali orang yang penyayang."
Jadi jelas bahawa yang masuk surga itu hanyalah orang-orang yang mempunyai rasa kasih sayang yang tanpa dibayangi dengan niat-niat jahat.
Rasa kasih sayang yang diniatkan kerana Allah, bukan kerana keuntungan dan kesenangan duniawi.
Makna kasih sayang tidaklah berhujung, sedangkan rasa kasih sayang adalah sebuah fitrah yang mesti direalisasikan terhadap sesama anusia sepanjang kehidupan di dunia ini ada.
Ini bererti bahawa Islam tidak mengenal waktu, jarak dan tempat akan sebuah kasih sayang baik terhadap teman, sahabat, kerabat, dan keluarganya sendiri.
Sebuah kisah lain yang menarik ketika Amr bin Ash menaklukkan kota Mesir.
Saat itu datanglah seekor burung merpati di atas khemahnya.
Melihat kejadian ini, kemudian Amr bin Ash membuat sangkar untuk merpati tersebut di atas kemahnya.
Tatkala dia mau meninggalkan perkemahannya, burung dan sangkar tersebut masih ada.
Dia pun tidak mhau mengganggunya dan dibiarkan burung merpati itu hidup bersama sangkar yang telah dibuat.
Maka kota itu dinamakan sebagai kota fasthath (khemah).
Jelaslah bahawa ajaran Islam sangat menjunjung tinggi kasih dan sayang.
Kita perlu mencontoh teladan Nabi SAW dan para sahabat dalam perkara ini.

Wednesday, October 06, 2010

Kelebihan Ayat Seribu Dinar

Bismillahirrahmanirrahim…Assalamualaikum wbt kepada semua pelawat blog ini semoga anda semua berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.
Hari ini Kalam ini ingin berkongsi dengan pelawat2 sekalian iaitu berkaitan dengan ayat seribu dinar. Ayat seribu dinar adalah ayat suci al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq ayat 2-3 :
Firman Allah SWT yang bermaksud :
{2}……dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
{3} Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah mendapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah SWT, hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.
Di antara kelebihan dan fadhilat ayat seribu dinar ini ialah :
* Di baca apabila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara.
* Menghilangkan keresahan bila di baca di waktu resah.
* Di baca ketika hendak menaiki kenderaan
* Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.

Tuesday, October 05, 2010

Keras Hati???

kenapa hati menjadi keras apabila dinasihati untuk berubah??  kerana dosa-dosa yang lepas dan diantara bahayanya dosa yang banyak iaitu :
  1. Akan dicabut daripadanya nur iaitu cahaya dan seri keimanan terutama apabila melakukan dosa besar. Muka yang tidak pernah dibasahi air wuduk akan kehilangan serinya. Wajah inilah yang akan menerangi anggota wuduk di akhirat nanti.
  2. Tertutup daripada kebenaran. Maknanya pendosa mana baik dan buruk tetapi tak ikut kebaikan, dia tahu yang buruk tetapi tidak dapat meninggalkannya.
  3. Hilang rasa spontan terhadap amal kebaikan dan ganjaran serta tawaran pahala. Bila sebut syurga dia tidak teringin, bila disebut neraka tidak takut apa pun malah mengejek masuk neraka bukan seorang.
  4. Berat dan payah benar apabila ingin beramal sebaliknya mudah dan ringan apabila diajak melakukan dosa dan maksiat. Menurut ibnu al Qayyim, sesiapa yang melakukan dosa pada waktu malam, dia amat berat untuk melakukan amal pada siang kerana dosa yang dilakukan pada waktu malam menghalang beramal dan begitulah sebaliknya.
  5. Dosa menjadi penyebab turunnya bala Allah. Ada satu hadis, Rasul bersabda yang maksudnya apabila nampak sangat zina dan riba, sesungguhnya mereka mengizinkan Allah menurunkan azab.

Yang baik dijadikan teladan yang buruk dijadikan sempadan…

Monday, September 27, 2010

HaRI intERaksi bAlAi isLAm...

HaRI intERaksi bAlAi isLAm...
tarikh : 26/9/2010
masa : 6 pagi -2.00 tengahhari
tempat : kk4,bukit cinta

hamdin tgk benda tu...?

joging ker jalan tu..
otw bukit cinta..hehhee

apasal hasif tu

peace,... bdk2 junior yang rajin turun.. yng laen x th pergi mn

berhenti rehat kejap..
letihnyer...
tp hamdin tetap tersenyum..

kaum hawa keletihan..
tp fida sempat lagi mesej

mesej pak we ker???


kami semua....

sarapan pagi makan roti jer

 pengerusi balai yang handsome... keletiham...
jgn perasan yer..en syukri..hehehe

otw balik kolej

gelagat kami semua
afiq kau buat apa tu..aduhai..mcm2 ragam la.. :) 
x per la asal bahagia..


adik-adik kelaparan
tekun ilah melukis slogan n icon

tgk bdk2 ni..rajin

apasal semua orang suka peace ni bile amb gambr..
herm tgk adik ni...
kak dilla buat apa tu???

hasif tgh fikr cam ner buat icon..hheeh

cantikan...

ni ENCIK AFIQ n ENCIK FAUZAN

POKOK KELAPA???
 COMEL...

AMIZA tgh bentang kerja ..

semua pandang depan...







Friday, September 24, 2010

PUASA ENAM

Bismillahirrahmannirrahim,,,
Dengan nama Allah yang maha pengasih dan pemurah..
Pembuka bicara,,di pagi raya..
Bagaimana raya puasa anda??
adakah seceria manisnya madu??
atau sepahit pahitnya peria??
atau masam manis rasanya??
Anda sendiri yang tahu hakikat yang sebenar-benarnya..

Sebulan sudah kita berpuasa..
Kini tiba masanya untuk syawal menjelma..
Sebulan kita menahan nafsu lapar dan dahaga,,
setelah raya semua sudah dilupa..
Inilah hakikat yang sebenar-benarnya,,
di bulan ramadhan yang mulia..
semua amalan kita mahu  dilipat ganda
bila habis puasa, semua  ditinggalkan entah ke mana
alasannya sibuk dengan kerja yang melambak-lambak sini sana..

Marilah kita bersama-sama,
mengekalkan segala amalan yang pernah kita
praktikkan di bulan puasa..
Amalkan ia di bulan-bulan yang seterusnya..
janganlah biarkan amalan yang pernah kita
praktikkan begitu sahaja,,
semata-mata kerana sudah tamatnya bulan puasa..

Kini tiba puasa 6 (enam) ..banyak fadhilat dan kelebihannya..
puasa enam di laksana hanya di bulan syawal sahaja..
Marilah kita rebut peluang ini sementara ia masih ada..
Jangan sampai kita terlepas akan kehadirannya..


Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadan. Walaupun begitu dalam kalangan para ilmuan berbeza pendapat - adakah puasa enam ini dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau boleh secara rambang?

Pandangan yang lebih tepat - puasa sunat ini boleh dilakukan secara rambang asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini berdasarkan anjuran baginda Rasulullah SAW mengenai puasa sunat enam hari ini. Baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Justeru puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah bulan Syawal.

Walau bagaimanapun adalah lebih baik disegerakan pelaksanaan puasa sunat enam Syawal berdasarkan firman Allah SWT : 
"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa." [Surah Ali Imran, 3 :133].


Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah )

Perlu difahami bahawa yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun itu bukan terletak kepada puasa 6 hari Syawal dengan meninggalkan puasa Ramadhan, tetapi kelebihan puasa setahun itu diperolehi setelah dilengkapkan puasa Ramadhan dan disambung dengan puasa Syawal.

Imam al-Nawawi di dalam kitab Syarah Sahih Muslim ada menyebut kewajaran pahala diberikan seumpama puasa setahun kepada mereka yang berpuasa 6 Syawal. Merujuk kepada satu hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “Setiap satu amalan kebajikan itu digandakan pahalanya sebanyak 10 kali ganda”.

Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia. Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terusberibadat secara istiqamah dan berpanjangan.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cetak artikel pilihan dari blog Balai Islam Bestari