Sunday, February 28, 2010

Kelahiran junjungan besar Baginda Rasulullah SAW




Maulidur Rasul yang jatuh pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat ke atas Nabi wahai orang-orang yang beriman! berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya.  (Al-Ahzab:56)
Oleh itu, ayuhlah kita sama-sama merenungi dan menghayati pengertian di sebalik sebuah sambutan majlis Maulidur Rasul.

Thursday, February 18, 2010

Mari kita hayati bersama antara salah satu hadis Abu Bakar Sidik ra...

Keutamaan Sahabat

Hadis Abu Bakar Sidik ra., ia berkata:
Aku melihat kaki orang-orang musyrik di atas kepala kami
tatkala kami berada di dalam gua.
Aku berkata: Wahai Rasulullah, kalau saja salah seorang dari mereka yang melihat ke kedua kakinya sendiri, nescaya dia akan melihat kita yang berada di bawahnya.
Beliau bersabda: Wahai Abu Bakar, apa dugaanmu yang bakal terjadi pada dua orang ialah di mana yang ketiganya adalah Allah...

Monday, February 15, 2010

Pengertian Sebuah Kehidupan...



Permulaan yg kita tidak sedari
penghujung yang kita tidak ketahui
inilah kehidupan jika diberi erti
keseronokan kebahagiaan, kesusahan, dan kesedihan
menjadi rencah didalam memaniskan kehidupan

Berapa ramai yang sedar kehidupan ini sekadar pinjaman?
berapa ramai yg menghayati erti sebuah kehidupan?
berapa ramai pula yg menunaikan segala amalan?

Tidak kita ketahui bilakah kita akan pergi
jika diberi mungkin tiada yang lalai lagi terhadap diri sendiri
setiap hari yg berlalu adalah satu kerugian
bagi mereka yang tidur dari menjalankan kewajipan

Bukan engkau bukan kamu, yang aku nasihati adalah aku
aku berusaha menjadi orang yang 'untung'
dimana setiap hari amalan dihitung
setiap harinya adalah kebaikan,
setiap harinya membawa keuntungan...
namun aku masih begini
sekadar berjanji tidak pada hati
apakah 'nur' itu telah pergi dari hati ini?
ya Allah tabahkanlah hati kecilku ini
agar setiap janji dapat kutepati
bukan sekadar berjanji tetapi masih begini
tolonglah dan bantulah....aku tidak mahu terperangkap didalam diriku
lagi.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cetak artikel pilihan dari blog Balai Islam Bestari