Friday, November 20, 2009

selamat bercuti



Imam Ghazali : “ Carilah hatimu di tiga tempat..Carilah hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran.Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak engkau temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika engkau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru, kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.”
Alhamdulillah peperiksaan akhir untuk semester 1 hampir ke penghujungnya. ini juga bermakna semester 1 2009/2010 hampir menurtup tirainya. ALHAMDULILLAH.
Ini juga bermakna program di bawah kelolaan Balai Islam KK4 juga mahu menutup tirainya. Masa yang berlalu terlalu cepat sehinggakan tidak terasa. 
  
MASA ITU IBARAT PEDANG. JIKA TIDAK DIURUSKAN DENGAN BAIK, NESCAYA IA AKAN MEMBUNUHMU.

Saya pasti tentunya sahabat sekalian tentunya mengutip kenangan-kenangan yang pahit mahupun manis sepanjang berada di Universiti malaya amnya dan KK4 khususnya. Semoga apa yang dilalui menjadi pedoman dan pengalaman yang mengajar kita erti hidup yang bakal kita lalui pada dekad akan datang... InsyaAllah. 

Peperiksaan telah berjaya aditempuh. Ada sahabat yang habis seawal 9/11. Huh bestnya... Ada yang mampu tersenyum puas namun ada yang bermuram durja. Itu memang lumrah. yang berlalu biarkan berlalu. Sebagai manusia jangan jemu untuk berusaha walaupun kertas telah dihantar dan barangkali telah siap diberi markah. Berusahalah dengan solat hajat, semoga pensyarah yang menanda kertas peperiksaan kita itu bermurah hati memberikaan kita markah. amim.

 hari ini saya ingin berkongsi 1 cerita. belaku di negara jiran. namun mempunyai makna yang tersirat.
Jum kita nikmatinya.
 
Kisah Si Penjual Tempe


Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalamsuasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa,

"Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"



Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi.

"Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin"

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.

"Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin"

Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.
Dia meninjau-ninjaukawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir,

"Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi."

Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya,

"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin"

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu,

"Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...

Moral:

Pertama: Kita sering memaksa kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita. Jangan menyalahkanNya jika kita tidak dapat apa yang dipinta.

Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga: Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat: Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita sentiasa gagal memenuhi hak Allah seperti menjaga perkara-perkara wajib, solat lima waktu, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan..




Friday, October 23, 2009

siGmA

22 hb Oktober 2009. alhamdulillah Balai Islam Kolej Kediaman Keempat telah selamat mengadakan satu majlis solat hajat yang telah dikendalikan oleh ustaz alang(Nu) sambutan yang diterima menggalakkan.
jum kite saksikan memori-memori hits yang dirakam oleh jurukamera kami (Azni) jum..................


banner sigma





eh...pehal ni?? mane pegi sume kusi meja ni??
 


semua oRg cam cbuk2 lagi.. ntah2 wat2 cbuk jew...ngehehe

hmmm... ramainye muslimat.... sejuk mAte tgk muka sorang2...


"name saye abu bakar bin abu mansor dan zanariah",...ingat tu...sape nak knal ley la miskol saye...019.........



doh ni gapo pulok ni?? jwb jgn x jwb cik nur...


barisan jejake pilihan.... khusyuknyeee...



aihh...pengerusi pun kene...??
cayalahhhh...
 


alahaiii... manjenye cik nur... mcm iklan ibu & anak... hehehe
 


solat hajat berjemaah....



wahhh... presiden pun turun padang.... mekaseh abg aiman.... 


haaaa.... nilah ustaz alang & kekasih hatinye, kak ima....
mekaseh ustaz & kak ima...


Tuesday, October 20, 2009

solat hajat perdana dan motivasi


alahamdulillah dapat blutooth jua akhirnye gambar 'rakyat-rakyat' memproses baner. jum check out


 
cayalah aina...caayookkk nadia......... go sigma go



 tengok pengerusi cekak pinggang dah...... cepat!!!!cepat!!!!!cepat!!!!!!!!!!!!


posing fendi.........posing.....................




memori sambutan raya balai......
2 in 1
digabung dengan majlis sambutan hari lahir pengerusi yg ke 21
(dah besau da jangan nakal2 no
mak bangga... )

tunggu next post k.......


Saturday, October 17, 2009

salam peperiksaan


2.00 pagi 16/10/2009

terharu bertamu melihat kesungguhan adik2 balai islam mengecat banner untuk program balai islam yang akan datang. SOLAT HAJAT PERDANA( SIGMA 09). Betapa bertuahnya ALLAH memilih tenteranya di jalan ini. Semoga semangat yang ALLAH kurniakan ini berkekalan hingga ke akhirnya.
"Sesengguhnya ALLAH menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh" surah ash-shaff 61:14


satu perkara yang perlu kita tanamkan di dalam hati adalah yakin pada Qada' dan Qadar ALLAH. apaun yang ALLAH berikan kepada kita adalah sesuatu yang kita mampu untuk mengharunginya. teringat kata2 seorang sahabat. kata-kata dari saidina Ali R.A
1.jangan takut kepada selain dari ALLAH 2. minta hanya kepada ALLAH 3. jangan malu untuk mengatakan kita tidak tahu sesuatu perkara 4.jangan sombong mengatakan anda tahu namun pada hakikatnya kita tidak mengetahuinya

satu perkongsian ilmu yang saya dapat dari pembacaan novel karangan Hlovate ialah apabila kita kesusahan tenangkanlah hati denagan keyakinan kepada ayat ALLAH

1.bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? 2. dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu 3. yang memberatkan punggungmu 4.dan kami tinggikan bagimu sebutan(nam)mu 5. kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu kemudahan\ 6.sesuungguhnya sesudah kesusahan ada kemudahan 7. maka apabila kamu telah selesai(dari sesuatu kesusahan) kerjakanlah dengan sungguh2 yang lain 8. dan hanya kepada ALLAH hendaknya kamu berharap
SURAH ALAM NASYRAH AYAT 1-8

sebenarnya saya ingin menyelitakan posing2 adik2 ketika mengecat banner. tapi apakan daya blutoothnya dapat' tetapi gagal dikesan dimanakah ia berada. huhuu
kalau ada rezeki insyaallah masuk jua gambar itu ke dalam blog ini.
kepada blogger sekalian, terima kasih kerana sudi menjengukl blog kami yang tak seberapa ini.
salam ukhwahfillah
2.38 a.m 16 okt 2009

Thursday, September 17, 2009

SALAM SYAWAL

Sedar tak sedar hari ini dah 27 ramadhan. tak lame lagi hari raya dah nak tiba.... tentunya pelbagai persiapan dibuat. Malah siap ada yang dah kemas rumah. Tukar itu, tukar ini, Huh bahangt hari raya sudah terasa. Namun harus diingatkan yang MEMBAZIR ITU AMALAN SYAITAN. Bulan puasa ni syaitan dirantai. Jangan kita pula yang menjadi syaitan pada diri sendiri. kita sebagai umat islam seharusnya bersyukur diatas kurniaan hari raya kepada kita. Sesungguhnya ALLAH maha penyayang kepada hambanya. Buktinya dengan penganugerahan ini.

Hal ini selaras dengan sabda Nabi SAW :


(إن لكل قوم عيدا وإن هذا عيدنا)


Ertinya : Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing, dan ini (IdilFitri dan Idiladha) adalah perayaan kita" ( Riwayat AL-Bukhari, 952 ; Muslim, 1892)

selaras dengan ini , kami warga ahli jawatankuasa balai islam sesi 2009/2010 mengucapkan

EPI ALI LAYA
MAAP ZAHIR WA BATIN

p/s semoga hari ray membawa makna kepada kita selaku hamba ALLAH, Pengikut Nabi SAW, manusia, anak, student bla bla dan bla

Wednesday, September 09, 2009

Merenunglah dan Bersyukurlah


Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yang Allah kurniakan kepada anda. Kerana nikmatNya telah meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan, keamanan negara, hutan belantara, udara dan air, serta masih banyak lagi lainnya adalah nikmat yang telah diberikan Allah kepada anda.


Sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya. (Ibrahim:34)


Demikian besar nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada anda. Dunia ini, beserta apa yang ada di dalamnya telah diciptakan Allah untuk anda, tetapi anda tidak pernah menyedarinya;anda menguasai kehidupan, tetapi tidak pernah mengetahuinya.


Dia telah memberikan nikmat-nikmatNya secara sempurna kepada kalian, baik zahir mahupun yang batin. (Luqman:20)

Anda telah diberi sepasang mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki.


Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan?(Ar-Rahman:13)


Apakah anda mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu yang biasa, padahal masih banyak manusia lain yang tiada mempunyai kaki? Apakah anda mengira bahawa berdiri tegak di atas kedua betis itu merupakan sesuatu yang mudah, padahal masih banyak manusia lain yang kehilangan kedua betisnya? Apakah anda merasai nikmatnya tidur dengan memejamkan kedua mata, sementara masih banyak manusia lain yang tidak dapat tidur kerana sakit yang menanggungnya?

Pernahkan anda merasa nista ketika anda dapat menjamu makanan yang lazat dan minuman yang sejuk, sementara masih banyak orang lain yang tidak dapat makan dan minum hanyak kerana penyakit yang mereka deritai? Renungkanlah! Betapa besarnya fungsi pendengaran, di mana Allah menjauhkan anda dari ketulian;penglihatan anda akan terhindar dari kebutaan; dan ingatlah kulit anda yang cantik yang terhindar dari penyakit gatal dan kudis.

Perhatikanlah juga fungsi Otak Anda! Apakah anda ingin menggantikan mata anda dengan emas sebesar gunung Uhud? Inginkah anda menjual pendengaran anda seharga perak satu bukit? Apakah anda mahu membeli istana-istanah yang menjulang tinggi dengan lidah anda, namun anda bisu? Apakah anda mahu menukar kedua tangan anda dengan butiran-butiran permata dan berian, tetapi tangan anda kudung?

Anda sebenarnya telah meraup kenikmatan yang tiada terhitung dan kesempurnaan tubuh badan, tetapi sayangnya anda tidak menyedarinya. Bahkan anda hidup dalam ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan, padahal anda masih memiliki roti yang segar untuk disantap, air yang segar untuk diteguk, dapat tidur dengan nyenyak, dan kesihatan anda yang stabil.

Anda seringkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga anda lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan anda. Anda merasa sedih kerana kekurangan material, padahal anda masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki setompok kebaikan, kenikmatan, dan masih banyak yang lainnya. Oleh kerana itu, renungkanlah dan bersyukurlah!


Pada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah.Apakah kalian tidak memperhatikannya? (Adz-Dzariyat:21)


Lihatlah diri anda, keluarga, tempat tinggal, pekerjaan, kesihatan, sahabat, dan dunia sekeliling anda.

Titipan Dariku


assalamualaikum
ape khabar??? harapannya agar sihat selalu.
Muslim WAke UP!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
wake up for tahajud,,,,,,,
wake up for terawih/////////
wake up for amalan sunat.........
wake up for ibadah.......
wake up for tadarus..............
wake up for kuliah.............
waku up foa allll...........
WAKE UP FOR ISLAM.......................
AYUH SEMUA
WAKE up!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, September 07, 2009

BerCerita Tentang BAlai Islam KK4 :)



Get ISLAMIC-Graphics




Alhamdulliah.. syukur kerna blog ini dapat disiapkan bout 45% .. memandangkan kitorg ni bdk baru dalam arena Blogger .. kitorg harap "no kutuk2 belakang" ek bout this blog.. InsyaALLAH blog nie akan disiapkan before raya .. harap2 rakan2 akan sentiasa melawat blog ni...
Hmm.. bercerite bout BALAI ISLAM.. Setakat ni kami amat Bz dgn work yang bnyk,, lagi2 bulan RAMADHAN ni.. bulan yg diberkati.. Pelbagai aktiviti telah dan akan kami anjurkan. contoh yg terdekat Majlis Nuzul Quran semalam.. Camane? manTOP x Ustaz Zahir bercerite?.. Ha, tu baru sikit.. Pasni kalau u all rajin ikut perkembangan kami.. We all sure that korang akan dapat lebih dari semalam..POST ni saje dibuat sebab kami nak testing sistem ni balik.,.,
**Opsss** blog ni bukan baru , dah lame ade.. cuma kami menambahbaikkan je ... Hmm... rasenye cukup r setakat ni..'
Lebih Pengisian akan dibuat dari masa ke semasa..
salam...





Get ISLAMIC-Graphics

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cetak artikel pilihan dari blog Balai Islam Bestari