Sunday, February 22, 2009

Tips/Panduan Atasi Zina Hati

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)


  • Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

  • Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.

  • Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”

  • Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

7 comments:

Anonymous said...

Dengan terbitnya artikel ini, dapat menguatkan lagi hati ini dalam pencarian kebahagiaan dunia dan akhirat..insyaAllah

Sesungguhnya cinta Allah tidak pernah expired.. Allah tidak pernah mengecewakan kita apabila kita menagih cintaNya..praymusic

SubhanaAllah...

Anonymous said...

alhamdulillah....bestnya artikle ni...
zina hati adalan zina paling bahaya kerana x nampak di 'mata' tp dekat di 'hati'...kadang-kadang tanpa kita sedari, kita dah laku kan zina hati...

Ya Allah, jauhilah hambamu ini dari zina hati....Amin...

article yg bagus....

Anonymous said...

salam....alhamdulilah..dapat tips macam ni....kalau boleh banyakkan lagi...artikel seperti ini memang saya tunggu,,,,,,,

Anonymous said...

cam ne kalo kita rindu orang tu tapi tak penapun jumpa....
rindu ni datang tiba2...
tak kenal masa...

ana kan cuba kurangkan...
bantulah hamba...

dahaga ilmu kk4

Anonymous said...

cam ne kalo kita rindu orang tu tapi tak penapun jumpa....
rindu ni datang tiba2...
tak kenal masa...

ana kan cuba kurangkan...
bantulah hamba...

dahaga ilmu kk4

Anonymous said...

cam ne kalo kita rindu orang tu tapi tak penapun jumpa....
rindu ni datang tiba2...
tak kenal masa...

ana kan cuba kurangkan...
bantulah hamba...

dahaga ilmu kk4

BALAIBESTARIBLOG said...

salam..menjawab soklan dahaga ilmu kk4...

memang rindu itu dtg bila kita berjauhan..kalo ade depan mata xdelah rindu namanya..ye tak?? hehe..

rindu itu anugerah Tuhan..tp kalo kita rindu kepada perkara yg salah mungkin ia datang dari syaitan..ya syaitan itu punya bnyk idea untuk merosakkan manusia..

jd kalo anda terlebih2 rindu perkara yang salah tu cepat2 la istighfar dan cuba sibukkan diri dgn perkara berfaedah dan bnykkan zikrullah..moga Allah memandu hati anda ke arah kebaikan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cetak artikel pilihan dari blog Balai Islam Bestari