Saturday, July 11, 2009

siapa dan kenapa aku dilahirkan

assalmualaikum semua
saat artikel ini ditulis kita baru sahaja memulakan sesi baru kira seminggu. kami pihak BALAI ISLAM KK4 mengucapkan selamat datang kepada freshie mendaftar... bersama- sama kita mengejar kejayaan di bumi UM dan bersama mengimarahkan BALAI ISLAM KK4.

Dari tajuk yang dikemukakan, saya yakin para pembaca dapat mengagak... Lets look dalil from AL QURAN about this

1. Untuk aku menyembah Allah..

"Padahal mereka tidak disuruh melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam menjalankan agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan solat serta menunaikan zakat dan yang demikian itulah agama yang benar"
(Surah Al-Bayyinah:5)

2. Untuk aku sebagai khalifah di muka bumi ini..

"Dan Dia lah yang menjadikan kamu sebagai khalifah-khalifah di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian yang lain beberapa darjat, kerana Dia untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan-Nya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"(surah al-an'am:165)

3. Untuk aku menyeru kebaikan dan membanteras kejahatan.

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru(berdakwah) kepada kebajikan(mengembangkan Islam), dan menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar dan mereka yang bersifat demikian, merekalah orang-orang yang berjaya"(Surah Ali Imran:104)

4. Allah tidak jadikan aku sia-sia

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada hikmat pada penciptaan itu?. Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami"(Surah al-Mu'minun:115)

1 comment:

Anonymous said...

semoga ALLAH akn terus mengurniakan ptunjuk & rahmatnya kepada seluruh ahli jkp balai islam dan warga kk4 supaya menjd umat islam yang sejati..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cetak artikel pilihan dari blog Balai Islam Bestari