Sunday, February 28, 2010

Kelahiran junjungan besar Baginda Rasulullah SAW




Maulidur Rasul yang jatuh pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat ke atas Nabi wahai orang-orang yang beriman! berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya.  (Al-Ahzab:56)
Oleh itu, ayuhlah kita sama-sama merenungi dan menghayati pengertian di sebalik sebuah sambutan majlis Maulidur Rasul.

1 comment:

Anonymous said...

btul tu..kte bkn skadar smbut,,
tpi kte kne buat ape yg disuruh n dbwa oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W..itu lg pntg..hayati pngorbanan yg bginda lakukan..bktikn rse cinta kita kpd baginda dgn menaikkan nama islam dan amalkan segala ajaran yg dibawa oleh baginda...wallahu'alam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cetak artikel pilihan dari blog Balai Islam Bestari