Friday, March 19, 2010

Dialog Antara Mata dan Hati Yang Digambarkan oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyah Rahimahullah



Kata hati kepada mata


Kaulah yang menyeretku kepada kebinasaan dan mengakibatkan penyesalan kerana aku mengikutimu beberapa saat sahaja.Kau lemparkan kerlingan matamu ke taman dari kebun yang tidak sihat .Kau menyalahi firman ALLAH .”Hendaklah mereka menahan pandangannya.”


Kau menyalahi sabda Rasulullah S.A.W “Memandang wanita ialah panah beracun daripada berbagai-bagai macam panah iblis .Barang siapa yang meninggalkannya kerana takut kepada ALLAH,maka ALLAH akan memberi iman kepadanya dan akan merasakan kelazatan dalam hatinya.”


(Hadis riwayat Ahmad)


Tapi mata berkata :


Kau zalimi aku dari sejak awal hingga akhir.Kau kukuhkan dosaku zahir dan batin padahal aku ialah utusanmu yang paling taat dan mengikuti jalan yang engkau tunjukkan .Rasulullah S.A.W bersabda :’’Sesungguhnya dalam tubuh itu ada segumpal darah , jika ia baik maka seluruh tubuh akan baik.Jika ia rosak,rosak pula seluruh tubuh.Ketahuilah segumpal darah itu adalah hati.’’


(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cetak artikel pilihan dari blog Balai Islam Bestari