Tuesday, July 20, 2010

SALAM UKHUWAH 2010/2011

Assalamualaikum...    

Salam ukhuwah buat pembaca-pembaca blog Balai Bestari (BB) yang setia serta pembaca-pembaca baru (junior la ni). Semoga anda semua sentiasa dilindungi ALLAH S.W.T serta berada di jalan yang diredhaiNya. InsyaALLAH...

Sempena pembukaan sesi baru ini 2010/2011, BB hanya ingin memberi beberapa nasihat & peringatan buat mahasiswa-mahasiswa seperti kita ini terutama buat adik-adik junior.

Apabila diri ini digelar pelajar universiti, sudah tentu banyak komitmen perlu diberikan dari pelbagai aspek termasuk pelajaran, karier, kepimpinan dan pengalaman. Semua itu adalah tanggungjawab kepada jasmani yang berarah kepada keduniaan. Kita juga perlu ingat kepada tanggungjawab rohani dimana maruah diri, akhlak dan iman juga perlu dilunaskan tanggungjawabnya. Dengan itu, selarikanlah pekerjaan untuk dunia & persiapan untuk akhirat.

Ingin ditekankan disini, para muslimat terutamanya, diri anda merupakan harapan ayah bonda di kampung, contoh tauladan kepada adik-adik. Jika perkara buruk yang anda bawa pulang, betapa hancur luluhlah hati-hati orang tua kalian & punahlah hormat yang adik-adik berikan. Bentengi diri dengan iman yang kuat kerana dengan iman yang kuat, kita tidak akan mudah terpengaruh. InsyaALLAH.. 

Antara cara untuk kuatkan iman ( insyaALLAH menjadi jika anda istiqomah melakukannya ) ialah :- 
  • luangkan satu jangkamasa khas dalam sehari untuk amalan akhirat & ibadah. Sebagai contoh, catat dalam jadual bagi masa maghrib hingga isyak ialah untuk kita beribadah & menghadiri kuliah maghrib serta majlis ilmu.
  • amalkan ibadat sunat seperti puasa & solat sunat, juga sunnah-sunnah nabi. ( Wajib jangan tinggal plak. nanti tak bermakna ibadat sunat tu ).
  • amalkan menyebut perkataan-perkataan yang baik, istighfar, tasbih, tahmid dsb.
  • berniat bagi setiap pekerjaan yang dilakukan adalah kerana ALLAH S.W.T. secara tidak langsung, ini akan membuatkan anda selalu mengingati ALLAH..

Setakat ini dulu perkongsian BB pada kali ini.. Harapan semoga anda akan terus bergerak untuk berubah kerana ALLAH. Jangan ditangguh pekerjaan yang baik kerana kita mungkin tak berpeluang untuk melakukannya sekali lagi.

wallahua'alam..   (^_^)     

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cetak artikel pilihan dari blog Balai Islam Bestari