Friday, November 07, 2008

Pengenalan Balai Islam KK4

JAWATANKUASA KERJA PERKEMBANGAN

BALAI ISLAM

KOLEJ KEDIAMAN KEEMPAT

UNIVERSITI MALAYA

SESI 2008/2009

1.0 PENDAHULUAN

“Sesungguhnya amalan pertama sekali yang dikira daripada amalan hamba dihari kiamat ialah solatnya; sekira solatnya sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia. Jika kewajipan yang fardu masih kurang, Allah SWT berfirman:adakah amalan-amalan sunat untuk meyempurnakan amalan tersebut?Demikianlah seterusnya amalannya yang lain” (Riwayat al-Tarmizi)

Berhubung dengan hadith di atas, kami Jawatankuasa Balai Islam akan cuba merealisasikan misi dan matlamat kami untuk cuba mengajak warga kolej supaya dapat turun beramai-ramai bagi mengimarahkan surau ( Balai Islam ) Kolej Kediaman Keempat.

Justeru, kami akan berusaha untuk mencapai matlamat yang dirancangkan oleh kami sebagai Jawatankuasa Balai Islam 08/09. Namun demikian, kita harus sedar bahawa sebagai manusia kita hanya mampu merancang tapi hanya Allah Yang Maha Berkuasa menentukan segalanya.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Menjadikan Balai Islam KK4 sebagai sebuah institusi untuk pelbagai aktiviti bermanfaat bagi warga kolej yang beragama islam.

2.2 Membentuk warga kolej yang cemerlang dari segi sahsiah dan peribadi.

2.3 Mewujudkan keharmonian di antara mahasiswa/I muslim Kolej Kediaman Keempat.

2.4Mendekatkan mahasiswa dan mahasiswa/I dengan peghayatan agama Islam yang sebenar

2.5 Melahirkan mahasiswa berkualiti berasaskan spiritual, sahsiah serta jati diri yang unggul berpaksikan Islam universal.

3.0 JUSTIFIKASI

3.1 Bagi menerajui era globalisasi yang mencabar kini, mahasiswa dan mahasiswi perlu dilengkapi dengan pelbagai ilmu serta kemahiran yang bukan hanya sekadar ilmu dan kemahiran dalam bidang pengajian mereka sahaja, tetapi juga dalam bidang lain.

3.2 Ilmu dan pengalaman berkenaan Islam, kepimpinan dan kemahiran insaniah merupakan ilmu dan kemahiran tambahan yang amat diperlukan oleh mahasiswa/i untuk bersaing dalam era globalisasi ini.

3.3 Tambahan pula mereka merupakan golongan yang bertanggungjawab untuk mencorakkan keadaan dan kedudukan negara kita di masa hadapan.

3.4 Justeru kewujudan JKP Balai Islam serta projek dan aktiviti yang telah dirancang diharap dapat memberi pengetahuan serta pengalaman kepada ahli JKP agar mereka bersedia dan mampu untuk memikul tanggungjawab terhadap diri, masyarakat dan negara kelak.

BIDANG-BIDANG TUGAS

1. Pengerusi

ü Memimpin dan mempengerusikan Balai Islam

ü Merancang dan mengorganisasikan serta mengawasi setiap aktiviti

2. Timbalan Pengerusi

ü Menjadi pembantu kepada Pengerusi Balai Islam

ü Memberi pandangan dan pendapat yang membina

ü MT Kawalan kepada Unit Ilmu dan Hikmah dan Unit Usahawan

3. Setiausaha

ü Menyediakan agenda, minit mesyuarat, menempah bilik dan menghantar memo kepada penasihat dan AJK 3 hari sebelum diadakan mesyuarat

ü Menguruskan segala prosedur dan surat-menyurat dalam Balai Islam

ü MT Kawalan kepada Unit Disiplin dan Tugas-tugas Khas

4. Bendahari

ü Membuat anggaran belanjawan tahunan Balai Islam

ü Mengawal dan merancang kewangan

ü Menyimpan resit bayaran

ü Mengendalikan segala urusan kewangan Balai Islam

ü MT Kawalan kepada Unit Penerbitan dan Publisiti

5. Unit Usahawan

ü Membuat aktiviti-aktiviti yang menjadi sumber kewangan bagi JKP Balai Islam.

6. Unit Disiplin dan Tugas-tugas Khas

ü Memastikan kehadiran ahli JKP Balai Islam dalam solat berjemaah di surau mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Pengerusi dan juga kehadiran ke mesyuarat.

ü Melantik imam dan bilal dan membuat jadual tugasan serta memantau komitmen yang diberikan oleh para imam dan bilal tersebut.

ü Menguruskan jamuan.

7. Unit Penerbitan dan Publisiti

ü Menghasilkan Utusan Balai Islam (UBI) sekali dalam dua minggu.

ü Membuat risalah yang berkaitan dengan isu-isu semasa berkenaan Islam.

ü Bertanggungjawab ke atas semua maklumat yang dipaparkan di papan kenyataan JKP Balai Islam.

ü Bertanggungjawab ke atas kerja publisiti yang berkaitan dengan aktiviti JKP Balai Islam.

ü Bertanggungjawab ke semua papan kenyataan JKP Balai Islam dan semua maklumat serta notis yang dipaparkan.

ü Bertanggungjawab menyebarkan maklumat terkini daripada bahagian-bahagian lain.

ü Bertanggungjawab memperkenalkan JKP Balai Islam secara menyeluruh kepada penghuni-penghuni kolej dan orang ramai.

9. Unit Ilmu dan Hikmah

ü Menyedia dan melasanakan santapan rohani di dalam surau seperti ceramah, tayangan, diskusi dan pameran.

ü Menguruskan aktiviti mingguan untuk setiap ahli JKP Balai Islam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cetak artikel pilihan dari blog Balai Islam Bestari