Wednesday, May 30, 2012

GET TO KNOW-- Taubat di Pinggiran Hati

 Assalamualaikum..

Ketika kita sedang membaca tulisan ini, apakah dosa terakhir yang telah kita buat sebelum ini? Dalam masa sesaat,seminit,sejam,sehari,seminggu,sebulan dan seterusnya sebelum ini,apakah kita telah melalui tanpa dosa pun yang terpalit di hati? Hakikatnya, kita semua pasti telah melakukan dosa, daripada sekecil-kecil hingga ke sebesar-besarnya. Ya setiap Bani Adam itu pasti melakukan dosa,sebaik-baik orang berdosa ialah MEREKA YANG BERTAUBAT. Persoalannya, adakah kiota tergolong dalam kalangan sebaik-baik orang yang berdosa tu?

Sehebat mana maksiat yang kita lakukan,kita pasti membencinya tatkala kita kembali merenung dan muhasabah sendirian. Sepuas mana hati ini merasa dengan dosa yang kita lakukan, pasti ada tersudut perasaan benci, dan menyesal yang teramat sangat atas apa yang telah kita lakukan. Itulah fitrah yang telah Allah ciptakan dalam diri kita. Bukannya kita tidak merasa menyesal, tapi kita selalu menolak dengan benar-benarnya, namun perasaan ingin bertaubat itu tersisih di pinggiran hati.


Jelas bahawa seorang hamba itu tidak dapat lari daripada tergelincir ke lembah maksiat dan dosa,namun dia juag sentiasa dialu-alukan oleh Allah untuk memohon ampunan dan kembali taat. Maka tatkala kita lakukan, kita juga harus sedar bahawa tatkala itu, kitalah yang palingwajib kembali  ke pangkuan Illahi, bertaubat sepenuh hati. Ya, taubat itu bagi seorang mukmin bukannya satu pilihan, tapi satu kewajipan kerana dosa itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan, besar mahupun kecil.

Itu satu sudut pandang buat mereka yang berdosa,agar kita tidak terjerumus ke dalam tipu daya syaitan yang menghalang kita daripada menagih keampunan Allah biar sebesar mana dosa kita. Jangan biarkan taubat itu tersisih di pinggiran hati, lantas hilang sebelum sempat masuk ke dalam hati. Janganlah kita menginginkan nikmat Allah dan rahmat Allah jika sombong untuk memohon ampun padaNya. Allah itu Maha Pengampun. Jadi, kita jangan berlengah lagi untuk memohon ampun pada Allah..

Jangan biarkan dosa kita melimpah ruah tanpa kita luakkan dengan kata-kata taubat dan solat taubat kita kepada ALLAH. Teruskanlah melakukan solat taubat itu, dan mohon taubat kita diterima Allah. Jangan melengah lagi. Sementara, Allah memberi nikmat Islam, Iman dan nafas yang membawa roh bertemu jasadnya, kita sama-sama kejar taubat Allah itu..



 "Sesungguhnya pintu-pintu taubat itu terbuka buat orang yang beriman yang sungguh ingin bertaubat"

~Tarbiyah Ceria, Dakwah Berkesan~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cetak artikel pilihan dari blog Balai Islam Bestari