Friday, May 11, 2012

Kisah Hidup Nabi Ayub a.s

Assalamualaikum kepada pengunjung blog surau bestari kolej 4 ini.. pengisian kali ini membawa kepada kisah hidup seorang Nabi iaitu Nabi Ayub a.s.

Nabi Ayub a.s. ini antara Nabi kita yang kaya dan hebat amal ibadah. Hasil kekayaan adalah berdasarkan hasil ternakan dan juga hasil pertanian. Dengan rezeki yang Allah kurniakan, maka perniagaannya semakin hari semakin maju dan berjaya. Namun, Nabi Ayub tidak pernah leka dan sentiasa ingat dan takut pada Allah. 

Malam harinya sentiasa diselimuti dengan Qiamulail dan solat sunat disamping amalan wajib seharian. Kerana keimanan yang sangat hebat ini menyebabkan iblis cemburu akan Nabi Ayub. 

Satu ketika, iblis datang bertemu Allah dan berkata, "Ya Allah, aku nak Kau uji Nabi Ayub" Maka Allah perkenan hajat dan permintaan iblis.

Lalu dengan kehendak Allah,maka ujian buat Nabi Ayub hadir satu persatu menguji keimanannya. Berlakulah bencana alam yang telah memusnahkan hasil tanaman dan ternakan Nabi Ayub. Kemudian Nabi Ayub diuji lagi dengan kematian anak-anaknya. Seorang demi seorang. Walaupun rasa sedih dihati, namun beginda tetap sabar dan redho akan ketentuannya. Baginda tahu akan ada hikmah disebalik ujian-ujian Allah ini.Baginda tidak sekali-kali mengatakan Allah tidak adil atau benci dek kerana ujian yang menimpa keluarganya. Baginda masih tetap sujud dan taat pada perintah Allah ini.

Namun, iblis masih tidak puas hati. Kerana Nabi Ayub masih boleh taat dan sujud pada Allah dalam ujian-ujian yang menimpa dirinya. Lalu, iblis memohon pada Allah supaya Allah memberi ujian yang lebih besar  dan dahsyat lagi berbanding daripada ujian ini.

Lalu, Allah perkenan. Nabi Ayub diuji dengan satu penyakit kulit (sopak). Penyakit baginda semakin hari semakin teruk sehingga pada keadaannya menyayat hati. Badan dan daging-daging baginda di ratah ulat, sehinggakan tiada lagi daging di badan baginda untuk dimakan. Pada suatu ketika hanya tinggal lidah baginda.

Pada ketika itu, Nabi Ayub berkata kepada Allah, "Ya Allah, janganlah Kau mengambil lidah ku ini, kerana aku takut, aku tidak dapat berzikir dan menyebut nama Mu lagi." Pada saat ini, iblis terasa semakin kecewa dan akhirnya berputus asa. Lalu, jatuhlah 2 ekor cacing, 1 jatuh ke tanah menjadi pacat yang menyebabkan penyakit hilang darah dan 1 lagi terbang menjadi lebah yang memberi kebaikan kepada manusia.

Allah mendengar kata-kata Nabi Ayub, lalu Allah berkata kepada baginda; " Ya Ayub, hentakkanlah kaki mu ke tanah, akan terpancut 2 jenis air, air sejuk itu kau minum,dan air panas itu kau buat mandian. Maka akn sembuhlah penyakitMU itu."

Maka Nabi Ayub pun melakukan seperti yang Allah perintahkan. Lalu terpancutlah 2 jenis air; sejuk dan suam. Dengan izin dan kehendak Allah, maka pulihlah penyakit kulit Nabi Ayub serta merta. Dengan izin Allah juga, Allah telah mengembalikan anak-anaknya yang telah meninggal dunia dan juga isterinya.

Baginda memulakan semula aktiviti harian baginda sebelum ini.

--> Pengajaran yang boleh kita ambil daripada cerita ini adalah:
1. kekuatan iman seseorang itu tak goyah kepada Allah walau diuji sebesar mana ujian.
2. ingatan dan takutnya pada Allah dalam senang dan susah menjadikan kita yang terbaik
3. berzikirlah kita selalu sehingga badan hanya tinggal lidah semata
4. redho dan sabar akan ujian yang Allah beri dan memikirkan akan ada hikmah sebalik ujian Allah itu.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cetak artikel pilihan dari blog Balai Islam Bestari